Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga - ms 236) Adakah frasa 'antara kain-kain merah itu' lewah? | Pihak kami akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang perkara ini. Pihak kami akan memaklumkan kepada puan selepas mendapat penjelasan tersebut. | Lain-lain | 08.07.2010 |
TD Edisi Ketiga m/s 236. Contoh ayat 135. ' Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah termerah'. Sepatutnya' Antara kain merah itu , kain jenis sutera itulah termerah'. Beri pandangan tuan.Terima kasih. | Pihak kami akan memaklumkan perkara ini kepada editor buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga supaya tindakan pembetulan diambil. Pandangan saudara itu betul. Terima kasih atas keprihatinan saudara dalam perkara ini. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Tuan, Apakah penjodoh bilangan untuk kain? (sehelai kain ? / sekeping kain?) Terima kasih. | Penjodoh bilangan bagi kain ialah sehelai kain. | Tatabahasa | 28.11.2016 |
Salam sejahtera. Mana satukah ayat di bawah ini diterima? 1. Saya mengangkat kain-kain jemuran. ATAU 2. Saya mengangkat kain jemuran. terima kasih | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul | Tatabahasa | 03.02.2020 |
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul? | Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki. | Ejaan | 09.05.2013 |
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
salam sejahtera, ayat tunggal: Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk yang gramatis seperti yang dinyatakan oleh tuan ialah: Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Adakah ayat berikut sememangnya salah dari segi struktur ayatnya atau apa-apa yang berkaitan dengan sistem bahasa. (maksud saya, jika diajar kepada pelajar, kita akan katakan ayat di bawah ini salah.) Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. | Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian. Kedua-dua ayat majmuk tersebut betul dan boleh dijadikan contoh dalam pengajaran. | Tatabahasa | 19.02.2012 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
As-salam. Yg mana satu betul, kain sampin ke kain samping? | Perkataan yang betul ialah kain samping. | Istilah | 12.07.2016 |
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain? | Yang bersesuaian ialah memerah. | Makna | 05.10.2010 |