| Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat majmuk pancangan? 1. Nenek Sandra menjahit cadar daripada perca kain. 2. Nenek Sandra memperoleh pendapatan daripada jualan itu. 3. Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja. 4. Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Kalau ayat-ayat di atas bukan ayat majmuk, mohon penjelasan tentang golongan kata bagi perkataan "daripada", "apabila" dan "dengan". Terima kasih. | Ayat (3) “Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja.” dan (4) “Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau.” ialah ayat majmuk pancangan. Kata “Daripada” ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad. “Apabila” ialah kata hubung pancangan keterangan, menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan “dengan” pula kata hubung keterangan cara yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
| Tatabahasa | 12.10.2021 |