1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali. | 1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat. 2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali. | Tatabahasa | 16.08.2015 |
polyklinik pudu, kedai kushen ocean,klinik specialist wong, kedai kain & langsir indah globe, kedai runcit haji haniffa & sons | Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun frasa yang betul ialah Poliklinik Pudu, Kedai Kusyen Ocean, Klinik Pakar Wong, Kedai Kain dan Langsir Indah Globe,Kedai Runcit Haji Haniffa & Sons. Perkataan ocean, indah globe dan & sons tidak diterjemahkan kerana ini merupakan nama khas yang telah didaftarkan. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Peristiwa (suram) itu terjadi 10 tahun yang lalu. (b) Tulisannya sukar dibaca kerana sangat (kotor). (c) Rumah nenek nampak (segar) selepas dipasang kain langsir. (d) Anita Lim baru (segar) daripada demam. (e) Saya tidak suka makan daging kambing kerana baunya (manis). (f) Lembu jantan itu merenung kami dengan wajah yang (manis). (g) Kami tidur (rapat) kerana khemah itu sempit. (h) Lori itu (rapat) melanggar sebuah motosikal. (i) Ibu bangun lebih awal untuk (panas) lauk untuk kami. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |