Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya penggunaan kata "belayar" dan "berlayar" dalam ayat berikut adakah betul? Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan kapal berlayar kain putih.

Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut:

“Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan menggunakan kapal yang berlayarkan kain putih.”

    i.      belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya.
   ii.      berlayar bermaksud (berkenaan perahu, kapal dan sebagainya) menggunakan atau mempunyai layar.
   iii.     berlayarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai layar.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1267.

Tatabahasa08.10.2025

Kembali ke atas