Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.tian] | کجاتين

Definisi : , kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.tian] | کجاتين

Definisi : , = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan satu tagline untuk Khazanah Nasional ke Bahasa Melayu: - Building True Value. Bagi pihak Khazanah, saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP.Salam Saudara. Perkataan "true" boleh bermaksud sama ada benar, betul, tulen, asli, jati, setia, tepat atau sebenar. Setelah menyemak slogan "Building True Value" yang digunakan oleh pihak Khazanah dalam laporan tahunan dan sambutan ulang tahun ke-20 (1994-2014), maka antara cadangan terjemahan slogan tersebut termasuklah "Membina Nilai Kesetiaan" dan "Membina Nilai Kejatian".Penyemakan dan penterjemahan11.06.2014
Salam sejahtera, izinkan saya meluahkan lagi pendapat, memang peminjaman berlaku dalam semua bahasa, berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman tetapi kita sebagai pencinta bahasa Melayu perlulah mempertahankan bahasa kita dengan mengurangkan peminjaman bahasa yang melampau sehingga istilah yang sudah sedia ada pun juga dipinjam. Seperti istilah Inggerisnys iaitu "infrastuktur" menggantikan istilah Melayunya iaitu "prasarana", istilah "program" dan "agenda" dalam bahasa Inggeris menggantikan "acara" dalam istilah Melayunya, istilah "koleksi" menggantikan "kumpulan" dan "himpunan" dan lain-lain lagi. Banyak lagi istilah yang sudah ada juga dipinjam dalam bahasa Inggeris. Maafkan jikalau saya katakan itu adalah dinamakan pembaziran bahasa dan salah satu punca terjadinya "bahasa rojak". Bahasa Melayu kaya dengan perkataan dan kosa kata. Jadi, untuk apa dipinjam lagi? jikalau tiada istilah yang sesuai maka ciptalah istilah baru seperti apa yang dilakukan oleh Pendeta Za'ba seorang pejuang bahasa Melayu. Kita perlu menjaga dan mempertahankan kesucian, keaslian dan kejatian bahasa Melayu. Selain itu, kita perlu mencontohi sikap pejuang bahasa Thai, Cina dan Korea yang mempertahankan bahasa mereka daripada serangan istilah asing. Jikalau dibuat kajian dan perbandingan bahasa Cina, Korea dan Thai memang saya cukup kagum kerana istilah-istilah dan kosa kata bahasa mereka lebih banyak daripada istilah dan kosa kata pinjaman.Kami ambil maklum pandangan tuan dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut. Kami sendiri sentiasa berusaha menggunakan perkataan kegiatan bagi mengungkapkan maksud aktiviti dan iltizam bagi mengungkapkan maksud komitem. Semoga usaha kecil kita ini mendapat perhatian daripada masyarakat di luar sana dan bersama-sama menghayati keindahan bahasa kita. Bahasa kita jati diri bangsa kita.Lain-lain15.11.2015

Kembali ke atas