1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH) | 1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah. 2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan. 3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. | Tatabahasa | 16.09.2012 |
Saya ingin mendapat terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk "sense of belonging". Terima kasih | Padanan bagi istilah "sense of belonging" berbeza mengikut bidang, iaitu "rasa kekitaan", "perasaan kepunyaan" atau "rasa termilik". | Istilah | 12.11.2007 |
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT? | Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007) | Lain-lain | 12.07.2007 |
Salam. Saya ditugaskan untuk mencari perkataan yang sebetulnya untuk digunakan diWEB untuk pilihandua bahasa iaitu English dan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU. Mana perkataan yang patut digunakan? TQ | Bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum, oleh itu dalam situasi yang dinyatakan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu tetap digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. | Lain-lain | 27.05.2009 |
Tolong jelaskan kita gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,yang mana satu....kerana sekarang ngara kita adalah Negara Bangsa! | Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum. | Lain-lain | 11.01.2008 |
bahasa malaysia atau bahasa melayu | Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. | Lain-lain | 03.07.2012 |
Manakah yang betul... Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Untuk peringkat STPM Bahasa Malaysia digunakan (surat pekeliling telah diterima daripada MPM). Untuk SPM dan PMR Bahasa Melayu digunakan.... Terima kasih. | Puan Aishma, Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Lain-lain | 13.07.2009 |
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Malaysia. tuan, Bahasa Malaysia atau bahasa Malaysia digunakan dalam ayat ini. TQ | Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Namun mengikut keputusan Kabinet Malaysia pada tahun 2006 perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. | Lain-lain | 05.02.2012 |
Salam tuan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan : i) bahasa melayu atau bahasa malaysia. yang mana satu betul untuk digunakan. Contohnya, akta dalam bahasa inggeris telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu atau bahasa Malaysia. ii) perkataan konklusi...bolehkah perkataan digunakan bagi menggantikan perkataan secara keseluruhannya? harap tuan dapat membantu. Sekian terima kasih | I. Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, konklusi ialah keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. | Tatabahasa | 03.06.2013 |
Assalamualaikum.. 1.Apakah bahasa pengantar yang perlu digunakan dalam IPTA? 2.Adakah penggunaan Bahasa Melayu wajib di IPTA? 3.Mana perkataan yang betul; Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih. | Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama di IPTA. Walau bagaminanpun selaras dengan perkembangan pendidikan global IPTA diberi kebenaran untuk mengendalikan kursus pengajian tertentu dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Daripada aspek tamadun penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu kerana pembinaan bahasa itu disandarkan kepada tamadun Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. | Lain-lain | 27.03.2011 |