Cikgu, 1. "di dalam keluarga" atau "dalam keluarga"? 2. Kata nama "keluarga" ialah objek abstrak atau objek konkrit? Tolong berikan jawapan berserta dengan penjelasan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "dalam keluarga", keluarga bukanlah objek konkrit yang mempunyai ruang fizikal yang jelas seperti rumah atau kotak seperti frasa "di dalam rumah" dan "di dalam kotak". | Tatabahasa | 11.05.2014 |
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut. | Tatabahasa | 18.01.2011 |
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga | "Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan". | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Maksud 'Keluarga' | Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak). | Makna | 24.06.2008 |
definisi keluarga | Keluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725. | Makna | 22.06.2008 |
yang manakah betul? Ahli keluarga atau ahli-ahli keluarga? | Frasa yang betul ialah ahli keluarga. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
1)Keluarga Beego( pergi )pantai berkelah. 2)Keluarga Beedo (pergi ke )pantai (untuk )berkelah. Ayat yang mana satu betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Keluarga Beego pergi berkelah di pantai (ayat tunggal) atau Keluarga Beedo pergi ke pantai untuk berkelah (ayat komplemen). | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Keluarga Bryan ada empat orang. Keluarganya ada bapa, ibu, kakak dan Bryan. Adakah betul ? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq | Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Ayat yang manakah betul? 1. Saya mempunyai keluarga yang bahagia. 2. Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. | Ayat :(1) Saya mempunyai keluarga yang bahagia' dan ayat (2) Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Kedua-dua ayat betul. Untuk makluman, kata 'sebuah' dalam ayat (2) merupakan penjodoh bilangan yang bukan merupakan unsur wajib dalam ayat. | Tatabahasa | 21.02.2011 |