| Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan. | Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak. | Makna | 01.06.2010 |
| Boleh kah saya menggunakan perkataan "Di tepian air" bagi "Exclusive waterfront living" dan juga penggunaan "keluarga kecil yang sedang berkembang" bagi penggunaan "growing families" Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: (a) Exclusive waterfront living - Kediaman eksklusif di tepian air. (b) Growing Families - Keluarga yang semakin berkembang. | Lain-lain | 05.08.2025 |
| Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih. | 1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. | Tatabahasa | 14.01.2021 |