| Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara. | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa? Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
| Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga ............., kata inang kepada memanda menteri. Apakah jawapan nya baginda atau tuanku? | Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga baginda, kata inang kepada memanda menteri. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
| Bagaimana eja "keluarganya" dalam tulisan Jawi? Adakah suku kata "ga" pada akhir perkataan keluarga dikekalkan tiada alif apabila ditambah -nya atau perlu ditulis alif? | Ejaan Jawi yang betul untuk perkataan “keluarganya” ialah کلوارݢڽ. | Tatabahasa | 09.05.2024 |
| APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYA | Untuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long. | Lain-lain | 10.12.2010 |
| saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih | Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. | Lain-lain | 20.02.2009 |
| Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |
| Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama? | Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama. Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu: 1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu 3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya | Tatabahasa | 07.08.2022 |