definisi sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA | Kuota bermaksud: bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem kuota dalam bidang kemasukan ke IPTA, sila hubungi kementerian yang berkenaan (Kementerian Pengajian Tinggi). | Lain-lain | 13.08.2009 |
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah (membawa/mengundang) gejala sosial. Perkataan "membawa/mengundang" sesuai digunakan dalam ayat di atas? Boleh berikan penjelasan?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah; Kemasukan pendatang asing ke Malaysia boleh mempercepat pembangunan negara, namun secara tidak langsung telah membawa gejala sosial. - membawa bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Adakah betul penggunaan perkataan 'polemik' di dalam ayat di bawah? Kemasukan produk kraf dari negara luar seperti produk songket dan sebagainya sehingga mencetuskan polemik semasa, yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama di kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Mengikut Kamus Dewan, polemik ialah perbahasan (perdebatan, perbantahan), maka penggunaan kata polemik dalam ayat yang puan kemukakan betul. Namun ayat puan boleh dibetulkan seperti berikut: Kemasukan produk kraf seperti produk songket dan sebagainya dari negara luar mencetuskan polemik semasa yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa kebimbangan terutama dalam kalangan usahawan dan pengeluar kraf tempatan. | Tatabahasa | 26.11.2014 |
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantu | Merujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Saya ingin bertanya berkenaan syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa, antara yang dinyatakan ialah kelayakan setaraf dengan STPM (dengan status taraf pendidikan diluar negara) termasuk "pass in Bahasa Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka)". Apakah yang dimaksudkan dengan setaraf dengan lulus subjek Bahasa Melayu (DBP) ini? Bagaimana dan dimana untuk memperolehi maklumat tentang kelayakan ini? Terima kasih. | Sila semak peraturan ini dengan penganjur yang meletakkan syarat berkenaan. Jika Dewan Bahasa sebagai penganjur, sila semak dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di talian 03-21479000. | Lain-lain | 16.03.2015 |
Adakah salah digunakan kata 'pengetatan' bagi "Pengetatan Syarat Kemasukan..."? Adakah benar kata tersebut ialah kata Indonesia? | Perkataan "pengetatan" boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Malaysia menggunakan istilah pengetatan yang bermaksud perihal mengetatkan. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 13.09.2013 |
istilah mana yang betul: Pendaftaran Masuk atau Pendaftaran Kemasukan? | Frasa yang betul ialah "pendaftaran masuk". | Tatabahasa | 25.08.2011 |
PENELASAN BERKAITAN PENGGUNAAN "kk" DAN "k" CTH : MEMASUKKAN DAN KEMASUKAN. | Penggunaan KK merujuk kepada kata kerja. Contoh: Merosakkan, memasukkan. Ini kerana kata dasar menerima imbuhan meN...kan. Manakala penggunaan K merujuk kepada kata nama. Contoh: kebanyakan, peruntukan. untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Koleksi Pedoman Bahasa 1. | Lain-lain | 17.10.2010 |
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaran | Nombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas. | Makna | 18.05.2011 |
JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi) | sila kemukakan soalan anda. | Lain-lain | 23.05.2014 |