Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembar
1. Bersinonim dengan pasang
( bandung, gencet, dempet, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan serupa
( seragam, sama, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkembar, mengembari, mengembarkan, kembaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih.

1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai.

2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 
 
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan  sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my .  

4. Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").

Tatabahasa07.02.2013
Salam, apakah istilah yang betul untuk KLCC? Istilah yang biasa saya dengar ialah Menara Berkembar Petronas. Namun, dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 untuk SJK menggunakan istilah Menara Kembar Petronas. Jadi, yang mana satukah adalah betul? Terima kasih."Menara Kembar Petronas" dan "Menara Berkembar Petronas", kedua-dua frasa ini betul dan banyak ditemukan dalam carian di internet. Walau bagaimanpun merujuk bentuk kata yang sedia ada frasa "Menara Berkembar Petronas" lebih tepat sama seperti Rumah Berkembar dan Landasan Kereta Api Berkembar.Istilah22.05.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin meminta bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat-ayat di bawah sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa. Ayat 1: Menara Kembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Ayat 2: Menara Berkembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Antara ayat 1 dan ayat 2, ayat yang mana satu merupakan ayat yang gramatis. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Menara Berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur.Tatabahasa17.03.2013
Apakah beza di antara perkataan perbandingan dan perbezaan?

Assalamualaikum, 

Perkataan perbandingan bermaksud (Kamus Dewan Perdana, 2020: hlm. 197):

1. hal meneliti dua benda atau orang untuk melihat atau mengetahui perbezaan dan persamaannya
- Contoh ayat - Jadual 11 menunjukkan perbandingan penduduk di Malaysia dan negara ASEAN lain.


Perkataan perbezaan bermaksud (Kamus Dewan Perdana, 2020: hlm. 282 - 283):

1. sifat atau keadaan yang berbeza
 Contoh ayat - Pertengkaran itu berpunca daripada perbezaan pendapat.

2. kadar atau ukuran yang menjadikan benda, sifat dan lain-lain berbeza dengan yang lain
 Contoh ayat - Bayi kembar itu lahir dengan perbezaan masa satu minit.

Berdasarkan makna dan contoh yang diberikan, perkataan perbandingan digunakan untuk meneliti dua benda atau orang untuk mencari perbezaan dan persamaan, manakala perkataan perbezaan digunakan untuk menentukan kelainan bagi sesuatu sifat, keadaan, benda dan lain-lain.

Terima kasih.

Makna20.04.2025
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut?Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah:

senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif
1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain;
2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan;
3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya;

persenjangan ڤرسنجڠن kata nama
hal menjadi senjang;

kesenjangan کسنجڠن kata nama
keadaan senjang.

Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut:

Contoh 1:

Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat.

Contoh 2:

Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar.
Makna02.11.2024

Kembali ke atas