Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1 berbalik kpd keadaan asal apabila dilepaskan sesudah ditekan. 2 liat (bkn daging). kekenyalan keadaan atau perihal kenyal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyal (adjektif)
Bersinonim dengan liat, liut, melenting, gayal, elastik, keras;,
Kata Terbitan : mengenyal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012

Kembali ke atas