Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ga.man] | کراݢمن

Definisi : kedamaian, kerukunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ga.man] | کراݢمن

Definisi : 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan keragaman bahasa?

Dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

 i. Ragam bahasa lisan

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Makna24.02.2008

Kembali ke atas