Salam tuan. Saya sedang menghadiri mesyuarat pembangunan kurikulum mata pelajaran teknikal dan memerlukan bantuan DBP untuk pengesahan beberapa istilah dan perkataan. 1. KEROSAKAN @ KEROSAKKAN 2. PEMBAIKAN @ PEMBAIKKAN 3. DEFINISI @ DEFINASI Sekian dan jutaan terima kasih.. | 1. Kerosakan 2. Definisi | Ejaan | 08.05.2013 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaan. | Makna | 16.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | 1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung 2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan | Lain-lain | 14.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi frasa ‘damage and injury suffered’ pada 16.8.2017 dan dan pihak DBP pada 17.8.2017 telah mencadangkan terjemahan 'kerosakan dan mengalami kecederaan' bagi frasa tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman pihak DBP, terjemahan tersebut seolah-olah menggambarkan perkataan 'suffered' itu hanya terpakai untuk 'injury' sahaja. Untuk makluman, perkataan 'suffered' terpakai untuk kedua-dua 'damage and injury'. Jadi mohon pihak DBP dapat memberikan nasihat berkenaan perkara ini. Untuk makluman pihak DBP juga, berikut merupakan cadangan terjemahan oleh pihak kami sebelum ini: Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami. Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ | Dalam data kami, suffer diterjemahkan kepada alami/mengalami. Melihat kepada konteks makna yang sesuai, kami bersetuju dengan cadangan ketiga, kerosakan yang ditanggung dan kecedraan yang dialami. Walau bagaimanapun kesesuaian ini perlu melihat konteks yang sebenarnya dalam bahasa sumber.
| Tatabahasa | 17.08.2017 |
Adakah penggunaan perkataan 'kepalang' betul dalam ayat berikut: 1) Makanan yang tinggal alang kepalang. 2) Bukan kepalang amat sangat kerosakan disebabkan belalang. | Ayat 1) Betul. Ayat 2) Bukan alang kepalang kerosakan yang disebabkan belalang. | Tatabahasa | 05.05.2020 |
Salam...tuan..saya ingin bertanya. 1. Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. Ayat manakah yang betul? Jika dirujuk dalam tatabahasa dewan, selepas kata perintah boleh juga diikuti kata berimbuhan jika ayat itu sesuai.jadi, adakah ayat kedua itu betul? | Ayat yang betul:1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. | Tatabahasa | 20.09.2014 |
Mohon bantuan. Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan; 1. Kata pemeri "adalah". Ayat : Purata kuasa setara yang diperlukan adalah 4.519 W. 2. peggunaan perkataan "untuk". PENGESANAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN IMPAK TENAGA RENDAH UNTUK KOMPOSIT KARBON-KARBON MENGGUNAKAN TEKNIK VIBROTERMOGRAFI Adakah penggunaan perkataan 'untuk' sesuai digunakan di ayat di atas? Atau lebih sesuai digantikan dengan perkataan 'dalam'? | Ayat dengan penggunaan kata pemeri yang betul ialah Purata kuasa setara yang diperlukan ialah 4.519 W. Penggunaan perkataan 'untuk' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
| Tatabahasa | 05.03.2019 |
Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat. | Sdr. Thian, Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal | 1.progresif = sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: 2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman. 3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat: 4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara. 6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. 7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu. Sila rujuk lama web http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi. 8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro 9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan. | Makna | 01.07.2013 |
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000 | NOTA: Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG NO. TEL.: 03-87782000 | Tatabahasa | 22.11.2013 |