Wujud tak perkataan keesahan atau kesahan?apa perkataan asal tanpa imbuhannya?maksud bagi perkataan berkenaan? Wujud tak perkataan penjalanan? | Perkataan "kesahan" wujud dalam bentuk kata bahasa Melayu dan bermaksud perihal sah atau sah tidaknya sesuatu perkara. perkataan "penjalanan" tidak ada dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Saya dan rakan-rakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sedang menulis buku tentang penyelidikan kualitatif. Apabila saya menggunakan khidmat Carian Kata DBP terdapat dua ejaan bagi senarai istilah "validity" dalam BM iaitu "keesahan" dan "kesahan" sedangkan penggunaannya dalam BI membawa maksud yang sama. Ejaan yang manakah betul? Terima kasih. | Prof. terima kasih kerana menggunakan KNBDBP, Saya telahpun melihat kamus yang memberikan kedua-dua makna tersebut dan saya pun keliru juga jadinya. Namun setelah melihat istilah bagi kedua-dua perkataan tersebut jelas ada sedikit perbezaannya, iaitu validitity membawa makna kesahan manakala keesahan pula diberikan sebagai legitimacy. Pada pandangan saya bahasa Inggerisnya adalah lebih jelas. | Istilah | 24.03.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang satu kekeliruan yang agak mengganggu saya, yakni berkenaan penggunaan istilah bahasa Malaysia dan bahasa Melayu. Saya hanya ingin mendapatkan kesahan sama ada pertukaran istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia sudah berkuat kuasa. Saya menghadapi kekeliruan ini apabila membaca Pelita Bahasa keluaran Ogos 2007. Pada bahagian nota editor, dikatakan bahawa istilah b. Melayu sudah ditukar kepada b. Malaysia, namun mengapa pula istilah b. Melayu masih digunakan dalam artikel-artikel keluaran ini? Dan saya juga bertanya kepada pensyarah saya dan beliau juga mengatakan bahasa istilah b. Melayu tidak ditukar kepada b. Malaysia. Saya amat keliru dan diharapkan pihak DBP dapat membantu. Terima kasih | Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu. | Istilah | 04.12.2007 |
Apkah maksud keesahan soalan. Perkataan Keesahan itu apakah maksudnya? | Esa bermaksud satu, tunggal. Keesahan bermaksud sifat tunggal. dalam konteks yang dikemukakan sepatutnya kata yang sesuai ialah kesahan daripada kata sah yang bermaksud lulus pada sisis undang-undan, benar,pasti, nyata. | Makna | 31.01.2008 |