| Salam, berkenaan perkataan 'PERSEGARAN' saya dapati bahawa perkataan ini sering digunakan di dalam surat terutamanya berkaitan sesuatu majlis atau bajet. Setelah mencari menggunakan khidmat carian, pihak DBP menyatakan perkataan tersebut tidak ada di dalam rekod, dan 'PENYEGARAN' adalah perkataan yang sesuai. Kemudian saya bertanya kepada penduduk di Kelantan, mereka menyatakan perkataan 'PERSEGARAN' ini merujuk kepada makanan atau jamuan, bergantung kepada cara ayat itu diatur. Sebagai contoh, 'Bajet yang diperlukan untuk PERSEGARAN adalah sejumlah....' atau 'PERSEGARAN pada pukul 9.00 pagi. Maka saya rasa perkataan 'PERSEGARAN' ini digunakan hanya di beberapa tempat sahaja dan mungkin menimbulkan kekeliruan dengan ada nya kata akar 'SEGAR'. Soalan saya, bagaimana saya boleh mencari sumber rujukan bagi perkataan-perkataan yang khusus bagi negeri-negeri tertentu seperti perkataan 'PERSEGARAN' bagi memudahkan saya memahami bahasa setempat. | Dalam Kamus Dewan akar kata segar boleh menerbitkan kata kesegaran (bermaksud keadaan segar), penyegaran (menyegarkan sesuatu) dan beberapa kata lagi, namun tidak ada perkataan persegaran. Saya bersetuju dengan pandangan tuan, berkemungkinan perkataan persegaran bersifat setempat, namun kami tidak dapat mengesahkan makna dan kesahihan maklumat yang tuan berikan. | Tatabahasa | 01.02.2018 |