Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ra.ga.man] | کسراݢمن

Definisi : perihal (keadaan dsb) se­ragam: ~ bentuk; ~ warna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ra.ga.man] | کسراݢمن

Definisi : keadaan seragam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan keseragaman bahasa? dan adakah keseragaman bahasa membawa maksud yang sama dengan ragam bahasa?Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dgn standard bahasa yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.Tatabahasa26.09.2007
jika saya ingin mendapatkan senarai perubahan yang dibuat kepada BM (ejaan, tatabahasa, dsb) dari masa (atau selepas) keseragaman dalam tahun 70an hingga sekarang, bagaimanakah saya dapat memperolehi maklumat tersebut?

Saudara,

Untuk mengetahui perubahan atau mendapatkan maklumat terkini tentang rumus bahasa Melayu, saudara perlu memiliki dan merujuk kamus dan buku tatabahasa.  Kamus dan buku tatabahasa yang boleh dijadikan pegangan ialah Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Lain-lain10.11.2010
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci.Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima  secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku  menggunakan konsep  gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan  Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747.  Makna09.01.2008
Tuan, Saya Ketua Panitia Bahasa Malaysia di salah sebuah sekolah swasta Cina di Klang. Guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah ini bercadang untuk mengadakan suatu bengkel atau seminar yang berhubung dengan keseragaman penggunaan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia pada pertengahan bulan November ini. Kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghantar pegawai yang berkenaan sebagai penceramah dalam sesi ini. Terima kasih.Sdr. boleh memohon kursus tersebut dengan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel othman5@dbp.gov.my.Lain-lain05.09.2007
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih.Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat.Tatabahasa24.10.2013

Kembali ke atas