Ketepatan istilah bagi perkataan ‘Transformatif’ dan ‘Adaptif’ | Untuk makluman tuan, perkataan 'transformatif' telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana manakala istilah 'adaptif' telah diguna pakai dalam bidang Teknologi Maklumat. Kedua-dua istilah adalah betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 13.01.2025 |
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai? | Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Ketepatan suku kata bagi kata "cium". Jika perkataan "mengecium" dilihat dari aspek tatabahasa sahih penggunaannya, mengapa tidak dimuatkan dalam kamus terbaharu? | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata terbitan yang betula ialah mencium sama seperti kata mencuit dan menciut. Hal ini betul kerana kata cium apabila dipenggalkan menjadi ci.um (2 suku kata) tetapi disebut (cium). | Tatabahasa | 08.07.2011 |
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk. | Saudara, Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 04.11.2009 |
Mohon ketepatan istilah dalam bahasa kebangsaan bagi perkataan bahasa inggeris "weighing of vehicles in-motion". Pohon khidmat nasihat sama ada istilah "penimbangan kenderaan semasa bergerak" adalah bertepatan dengan istilah bahasa inggeris tersebut. | Cadanagn terjemahan bagi ayat weighing of vehicles in-motion ialah "penimbangan kenderaan semasa bergerak" | Makna | 14.04.2022 |
ingin mencari ketepatan antara "guru-guru besar" ATAU "guru besar-guru besar" dalam konteks jawatan panggilan jamak | Hanya kata pertama diulang. Oleh itu kata yang tepat ialah guru-guru besar. | Tatabahasa | 03.04.2008 |
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin. | Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP. | Lain-lain | 16.11.2015 |
Assalammua'laikum, Saya merupakan pelajar pengajian Ph.D di UTM, Johor. Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu menyemak ketepatan terjemahan soal selidik kajian saya yang pada asalnya adalah dari Bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat menyemak ketepatan makna dari BI ke BM, dan BM ke BI semula. Tujuan ini merupakan salah satu syarat prosedur dalam metodologi kajian dalam pengajian Ph.D. Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman puan, khidmat yang diperlukan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Kidmat Nasihat Bahasa menangani masalah bahasa, antaranya termasuklah semakan teks terjemahan yang tidak melebihi 100 patah perkataan. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata? | Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah. Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik. | Istilah | 11.01.2015 |
Saya ingin bertanya dengan ketepatan tajuk dan terjemahan bagi buku yang saya akan terbitan insya-ALlah. Fiha Khair (dalam bahasa arab) Ada Kebaikan Dalam Kehidupan Isi kandungan buku berkisar catatan pengalaman sebagai seorang atase pendidikan di luar negara. Buku ini mengandungi kisah inspirasi, dalil Quran dan hadis, tip praktikal serta melihat setiap cabaran sebagai peluang ke arah yang lebih baik. Buku ini khusus sebagai panduan kepada mahasiswa yang belajar di luar negara khususnya di Timur Tengah. Terima kasih atas respon. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN).
| Lain-lain | 10.05.2025 |