Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara.

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa?

Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa02.08.2012
Kekeliruante tentang penggunaan Penanda Wacana yang kerap digabungkan dengan kata ganti nama 'nya', sedangkan 'nya' membawa maksud dia iaitu ganti nama diri ketiga. Contoh-contoh yang saya dapat melalui bahan taklimat pihak Kementerian Pelajaran iaitu, Seterusnya, Tamsilnya, Misalnya, Contohnya, Kesannya, Akhirnya, Natijahnya, Tegasnya, Sesungguhnya, Akibatnya dan Secara keseluruhannya. Bukankah penggunaan ini merupakan satu bentuk kesalahan umum dalam tatabahasa ? Sekian, terima kasih.

Puan Allison,

Fungsi 'nya' dalam perkataan tersebut adalah sebagai kata pembenda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa15.05.2010
Salam Sejahtera. Mohon penerangan penggunaan kata -nya yang betul dalam ayat-ayat di bawah. a) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baiknya. b) Dia menjaga haiwan kesayangannya dengan baik. Adakah penggunaan -nya selepas kata adjektif betul dalam ayat di bawah? a) Beg plastik itu diikat dengan kemasnya sebelum dibuang. b) Murid menyebut ayat tunggal dengan betulnya. Terima kasih.Keempat-empat ayat boleh diterima. Untuk ayat 1(a), dan 1(b), kata "-nya" (haiwan kesayangannya)merupakan kata ganti diri orang ketiga yang merujuk kepada "dia".

Untuk ayat 1(a), "...dengan baiknya", 2(a) "... dengan kemasnya", 2(b) "... dengan betulnya" merupakan keterangan cara yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif baik, kemas, betul yang menerima kata pembenda -nya.
Tatabahasa09.02.2019
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
bila masakah ganti nama "nya" dapat merujuk selain manusia?

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda/penekan selain berfungsi sebagai kata ganti nama diri ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 295 untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa02.12.2010
Tuan, minta lihat di bawah terlebih dahulu. 1. Bas ini bergerak dengan lajunya. Dalam ayat (1), frasa sendi nama "dengan lajunya" bertugas sebagai keterangan cara dalam frasa kerja "bergerak dengan lajunya". Soalan saya jika kata pembenda -nya dalam kata sifat "lajunya" digugurkan, adakah ayat di atas masih betul? Setelah pengguguran kata pembenda -nya dalam kata sifat "lajunya" berlaku, ayat akan berubah menjadi berikut: 1. (a) Bas ini bergerak dengan laju. Adakah ayat 1. (a) betul? Adakah pengguguran kata pembenda -nya dalam kata sifat akan menjejaskan ayat?Kata nya dalam ayat Bas ini bergerak dengan lajunya berfungsi sebagai kata penekan. Ayat  Bas ini bergerak dengan laju betul.Tatabahasa29.12.2014
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih.1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah.

2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.



Tatabahasa07.01.2014
Salam sejahtera. Ayat: 1) Adam menyusun buku dengan kemasnya. 2) Adam mengelap meja dengan bersihnya. 3) Adam menyapu sampah dengan bersihnya. Ayat di atas betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih.

Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Fungsi “nya” ialah sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Manakala, kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 295-296 untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa04.07.2025
kalau boleh, sila senaraikan perkataan- perkataan yg baru dikeluarkan atau penggunaan sesuatu perkataan seperti 'ia tdk boleh digabungkan dgn nya' terima kasih...Soalan tidak jelas. Jika yang dimaksudkan ialah kata ianya, maka salah kerana kata ia adalah kata ganti nama diri ketiga, manakala nya juga kata ganti nama diri ketiga. Oleh itu, kata ianya tidak boleh digabungkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Lain-lain14.07.2010
SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYUMaknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna23.11.2009
123

Kembali ke atas