1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. 1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas jalan di lintasan belang. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
1. Kita harus bersikap bertanggungjawab. / Kita harus bertanggungjawab. 2. Kita patut bersikap bermurah hati. / Kita patut bermurah hati. | Saudara Ang, Ayat yang dikemukakan kesemuanya tidak salah. Penggunaannya bergantung pada gaya dan cara penyampaian penulis. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasi | Sdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak selalu suka berkhayal sahaja. | Makna | 24.02.2009 |
Assalamualaikum, Mohon penjelasan tentang penggunaan perkataan ' kita' dan 'kalian' dalam ayat-ayat di bawah: 1."Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. 2."Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya. Prsoalan saya ialah, penggunaan perkataan 'kita' dan 'kalian' dalam ayat di atas, ayat manakah yang lebih tepat dan betul. Mohon penjelasan dari pihka tuan. Terima kasih. | Kata ganti nama diri kita merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar. Kalian merujuk kamu semua. Dalam ayat contoh yang diberikan, kedua-duanya betul tetapi berbeza maksud. Dalam ayat 1 ("Kita perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya), penggunaan kita turut melibatkan Encik Mansorbersama-sama pekerjanya, manakala dalam ayat 2, ("Kalian perlu menghasilkan kraf tangan yang cantik dan berkualiti supaya pelanggan akan tertarik untuk membelinya," kata Encik Mansor kepada para pekerjanya) tidak melibatkan penyertaan Encik Mansor kerana maksud kalian ialah kamu semua. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
Antara berikut, yang manakah ayat yang betul? 1. Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain. 2. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada sumbangan orang lain. | Salam sejahtera, 'Kita tidak boleh hanya bergantung pada sumbangan orang lain' adalah ayat yang tepat. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih . | Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah. Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. | Lain-lain | 31.07.2009 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Kita bergantung kepada lidah untuk mengesan rasa makanan. 2. Kita bergantung pada lidah untuk mengesan rasa makanan. Terima kasih. | Kita bergantung pada lidah untuk mengesan rasa makanan. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2. | Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. | 1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu. | Tatabahasa | 16.08.2013 |
soalan: 1. Kita semua....(betulkah penggunaan) TQ | Jawapan: Betul penggunaannya mengikut kesesuaian ayat. Jika saudara berikan ayat yang penuh mungkin boleh dibuat ulasan yang sesuai.
| Tatabahasa | 29.03.2013 |