Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sut] | کوسوت

Definisi : 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sut] | کوسوت

Definisi : Mn; mengusut menyiasat dgn teliti; ®usut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sut] | کوسوت

Definisi : 1 bersimpul-simpul hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn benang dll); tidak kemas atau tidak bersikat (bkn rambut dll): Rambutnya ~ tidak bersikat. 2 ki tidak tenteram; kacau; rumit (bkn fikiran, keadaan dll): Fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah. mengusutkan 1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku. kekusutan keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVMKata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang.Tatabahasa24.05.2011
Puan, Jawaban yang paling tepat untuk ayat berikut ialah " menyikat" atau " menyisir"? Puan Hamidah sedang _______ rambut anak perempuannya supaya tidak kusut. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menyikat.Tatabahasa14.08.2013
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ?

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga)  

2. semak (kaji) : semak (kusut)

Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh:

1. kepala (orang)  : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) 

Istilah07.04.2009
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa?

Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan  perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti.

Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung)

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut)

Tatabahasa09.04.2009

Kembali ke atas