Dalam minit mesyuarat tajuk mana yang betul digunakan? Hal Lain-lain atau Lain-lain Hal | Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
Perbezaan di antara perkataan lain-lain hal dan hal-hal lain yang biasa nya di catit di dalam minit mesyuarat. | Saudara, Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 29.06.2010 |
"Hal-hal lain" - betul "Lain-lain hal" - salah Bagaimanakah pula dengan "Hal lain-lain"? Betul atau salah dan apakah sebabnya? | Frasa yang betul ialah "hal-hal lain", kata hal itu yang digandakan bukan lain-lain. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Assalamualaikum warahmatullah, Pertanyaaan berkenaan penggunaan "lain-lain hal" berdasarkan kaedah Hukum D-M, maka penggunaan yang betul ialah "hal-hal lain". Berdasarkan pengamatan saya hukum D-M dibuat berdasarkan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu, kaedah datang kemudian. Di sini, penggunaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab secara khususnya dalam kaedah ini, jika dilihat pada kaedah "mausuf sifat" di dalam bahasa Arab. Dalam perkara ini, orang Melayu juga menggunakkan penggunaan yang meluas dengan menghubungkan M dengan D, seperti contoh di atas, "lain-lain hal" dan perkara ini adalah biasa dan mengikut nahu yang betul di dalam bahasa Arab iaitu berdasarkan kaedah "idafat ul-sifat ila al-mausuf." Jadi apakah asas penentu dalam membuat dasar atau hukum seperti Hukum D-M ini? Dan adakah tiada ruang untuk mewujudkan "Hukum Penghubung M-D" agar ianya lebih mengkayakan lagi kaedah dan tidak wujud penyalahan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu yang telah meluas dan telah lama digunakan (mungkin boleh dibuat kajian dalam rujukan Melayu lama), hanya berdasarkan kaedah yang masih boleh diperluaskan. Moga Allah memberikan kebaikan kepada pihak tuan. wassalam | Hukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 376 - 377. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
lain-lain hal atau hal-hal lain, yang mana satu betul?? | Yang betul ialah hal-hal lain. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Saya masih lagi keliru tentang peggunaan frasa "Lain-lain hal" dan "Hal-hal lain" yang sering digunakan oleh rakan-rakan dalam penulisan agenda minit mesyuarat. Jadi, diantara kedua-dua frasa tersebut yang manakah lebih tepat dan betul strukturnya ? Jika tidak keberatan, saya inginkan sedikit penjelasan tentang kewujudan kedua-dua frasa tersebut. Terima kasih, tuan/puan. | Saudara, mengikut Hukum D-M dalam bahasa Melayu, frasa hal-hal lain betul dan frasa lain-lain hal salah. D (hal) ialah unsur diterangkan dan M (lain) ialah unsur yang menerangkan. | Tatabahasa | 22.11.2010 |
SALAM. SAYA INGIN BERTANYA PENGGUNAAN MANA YANG BETUL 1. HAL LAIN-LAIN 2. LAIN-LAIN HAL 3. HAL-HAL LAIN TERIMA KASIH. | Assalamualaikum, Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. Sekian. | Pengembangan | 02.12.2019 |
Adakah perkataan lain-lain betul penggunaannya? Contoh ; 1. lain-lain hal 2. dan lain-lain | Saudara, 1. hal-hal lain 2. dan lain-lain betul | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN. | Frasa yang betul ialah hal-hal lain. | Tatabahasa | 08.04.2014 |
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih. | 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah : Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ... 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan Hal-hal lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos Sos tomato 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.
| Tatabahasa | 23.04.2013 |