Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 

2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 

3. Peserta itu pantas/laju betul berlari.

4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah.

5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan

Tatabahasa21.08.2010
Yang mana betul? 1. Ini semua brang lama ibu. 2. Semua ini barang lama ibu. 3. Semua benda ini barang lama ibu. Soalan: Adakah kata ganti nama tuju dapat berdiri sendiri untuk merujuk kepada sesuatu benda? Adakah fenomena ini hasil daripada proses transformasi ayat?Untuk makluman, kata ganti nama tunjuk (bukan kata ganti nama tuju) ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini, itu, sini, sana dan situ.  Semua ayat yang berikan adalah betul dan kata ganti nama tunjuk boleh berdiri sendiri.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep transformasi ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, muka surat 531.Tatabahasa03.04.2012
apakah kesalahan imbuhan dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2.Penjual surat khabar lama mengwar-warkan kutipkan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.1. Kawasan rekreasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah.
2. Penjual surat khabar lama menguar-uarkan kutipan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.
Tatabahasa28.02.2013
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi.Lain-lain10.03.2010
1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini"Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa04.09.2008
1. Sudah begitu lama perkara itu tersimpan dalam hatinya! kata hatinya. kata = huruf, K (besar atau kecil) lhuruf kecilTatabahasa29.08.2007
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas.Tatabahasa12.09.2007
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih.1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor.
2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan.
Tatabahasa17.07.2012
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain?Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja.Makna13.08.2008
12345678910

Kembali ke atas