Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ma.ke.la.ma.an] | لاما-كلاماءن

Definisi : lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma.ke.la.ma.an] | لاما-كلاماءن

Definisi : akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Peribahasa

Diam penggali berkarat.

Bermaksud :

Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains menyebabkan bahasa melayu terabai dan apakah kesannya kelak?Apabila sesuatu bahasa itu tidak lagi dijadikan bahasa ilmu, maka bahasa itu lama-kelamaan akan hanya menjadi bahasa perbualan biasa dan semestinya akan menjatuhkan martabatnya.Lain-lain17.08.2006
SELAMAT PAGI, BERIKUT MERUPAKAN SOALAN SAYA. 1. PERKATAAN "REPUT" TERGOLONG DALAM GOLONGAN KATA KERJA ATAU KATA ADJEKTIF? 2. BOLEHKAH SAYA MENGUJI KELAS KATA BAGI KATA KERJA DENGAN KATA BANTU? TERIMA KASIH.

Encik Oo,

Golongan kata bagi perkataan reput bergantung juga pada ayat. Dalam ayat:  Keadaannya reput (kata adjektif). Lama-kelamaan bahan itu akan reput(kata kerja) 

Tatabahasa16.04.2010
penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan."Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara.Tatabahasa18.04.2012

Kembali ke atas