Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pa.ngan] | لاڤڠن

Definisi : 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pa.ngan] | لاڤڠن

Definisi : 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lapangan Terbang Kota Bharu merupakan "secondary hub" syarikat penerbangan Firefly. "Secondary hub" boleh diterjemahkan sebagai "hab sekunder"? Atau DBP mempunyai cadangan istilah lain?Istilah hab sekunder adalah betul dan boleh digunakan.Istilah18.08.2015
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa?Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Istilah15.07.2020
Bolehkah 'airside' diterjemahkan sebagai 'kawasan lapangan terbang' (konteks : bahagian airside di lapangan terbang)Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "airside' ialah rusuk udara. Maksud istilah ini ialah kawasan di lapangan terbang atau bangunan terminal yang pergerakan masuk orang ramai dikawal.Istilah26.08.2016
Saya ingin tahu perkataan 'lapang sasar' atau 'lapangan sasar' - antara kedua-duanya mana yang betul.Istilah tepat yang digunakan dalam bidang sukan ialah  ‘lapangan sasar’.Istilah02.06.2014
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi landasan kapal terbang? Contoh ayat: "Dua buah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "Dua batang landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur."Jika kita menggunakan ungkapan sebatang jalan, maka untuk konsep yang hampir sama, iaitu landasan penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang.Tatabahasa14.11.2012
adakah perkataan bidang dan pengkhususan mempunyai sama maksud?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bidang ialah kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan. Manakala pengkhususan pula ialah perihal menjurus dlm sesuatu bidang. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna seuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP dan taip perkataan yang ingin diketahui makna di petak carian kata.

Makna14.04.2009
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan

Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam
  • Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
  • Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan.

    Makna06.04.2009
    Salam Sejahtera, Sila puan/tuan semak sama ada ayat yang di bawah ini betul dari segi tatabahasa. " Beiau dijangka akan tiba ke lapangan terbang itu pada pukul lima petang." Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Beliau dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul lima petang'.Tatabahasa15.12.2012
    Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
    Kenapa singkatan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-2 ditulis klia2 sedangkan mengikut peraturan sepatutnya KLIA2? Kenapa tidak ditulis dalam bahasa rasmi negara LTAKL2? Kenapa bahasa Melayu diabaikan? Terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

    Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 


    Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.
    Tatabahasa09.05.2014
    1234567

    Kembali ke atas