Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terima kasih tuan 1. mereka melepaskan keletihan selepas bersenam..(terdapat kesalahan melepaskan keletihan, cikgu berkenaan mengatakan melepaskan lelah atau penat saje, tak boleh gunakan melepaskan keletihan..adakah ini betul?)

Melepaskan antara maksudnya dalam kamus termasuklah menghilangkan, penat lelah, letih dan sebagainya. Keletihan bermaksud keadaan atau rasa letih. Oleh itu, frasa yang betul ialah melepaskan letih tetapi ungkapan ini tidak lazim digunakan, yang lazim digunakan ialah 'melepaskan (menghilangkan) penat lelah'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa31.03.2011
Apakah kata ganda berima bagi jerihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135  atau  buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP.Istilah21.02.2009
Murid-murid kelihatan ________________ selepas menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani. Jawaban manakah yang paling tepat? Sila nyatakan sebab. (a) lemah (b) letih (c) lesu (d) lelahJawapan yang sesuai ialah (b) letih.Tatabahasa15.11.2015
Bolehkah saya buah begini melihat jantaungku dijara Cukup!,jgn membungkamku Tak restu! Syurga neraka,tahu ttg dirimu/Tiupan sahara memarahimu, Kau akan tunduk malu/sesalanmu tdk berguna lagi inilah kebenaraanyya,kukan tahan Berhenti cucuki sanubariku, kukan melawanmu, sampai titik(darah) kehabisanku Menjerit sang suara,terlerailah, Bebanan yang menderaku Berselokalah suaraku, Derita! Pelayaranku penuh rona, Ku lelah menjadi bayanganmu Derita!!! sambung* Tangisan suara, Terbakar hati yg membara Peperangan kian bermula Dengarkanlah deritaku Derita! Disuburkanku sinaran harapan, Bolehkah,aku melepasinya, Jdiku s'perti merpati, terbang bebas di angkasa, Melepaskan sayap emasku, Menerusi angin menderu laju, Yg terkunci dlm kesepian Biarlah membara! Cah'ya suria dan rembulan. Utuh berdiri di kejora Saban beribu tahun lamanya Tangisan suara! Kesakitan dan kesedihanFrasa-frasa ini  tidak sesuai digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun boleh digunakan dalam konteks tidak rasmi seperti catatan peribadi.Tatabahasa21.07.2019
Apakah perbezaan makna antara "mengenal" dengan "mengenali"? Adakah kedua-dua kata terbitan ini digunakan dalam struktur ayat yang berbeza? Satu soalan lagi: Adakah bentuk "mengenali" ialah bentuk yang lewah kerana akhiran-i ditambahkan di belakang perkataan "mengenal"?Perkataan ‘mengenal’ bermaksud tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui. Contoh ayat: Dia bekerja pagi petang dengan tidak mengenal penat lelah. Perkataan ‘mengenali’ bermaksud mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dan lain-lain dengan lebih mendalam. Contoh ayat: Orang ramai mengenalinya sebagai seorang yang pemurah. Makna29.12.2014

Kembali ke atas