Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.kam] | مانيکم

Definisi : 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memi­kirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
manikam
Rujuk :permata

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Apakah maksud "Bahasa Romantik" mengikut pandangan para sarjana dan apakah ciri-ciri bahasa romantik yang terdapat dalam teks klasik contohnya Hikayat Jauhar Manikam karya Mohd Tajri b. Abu Yamin.

Romantika atau dalam penggunaan umum romantik bermaksud memberikan suasana (gambaran dan sebagainya) seperti yang terdapat dalam cerita roman (per­cintaan dan lain-lain); dan bahasa romantik ialah pengucapan/penulisan yang memperlihatkan memperlihatkan suasana yang penuh dengan kasih sayang, keindahan dan kemesraan seperti dalam alam percintaan. Untuk mencari maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti:

buku Aliran-aliran klasik, romantik dan realisma dalam kesusasteraan, | terbitan Pustaka Jaya, | tahun 1972.

Makna26.11.2010
Salam. Saya ingin bertanya cadangan untuk terjemahan 'Rhinestone' dalam bahasa Melayu, yang kebiasaannya untuk barang kemas. Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rhinestone". Berdasarkan rujukan dalam internet, "rhinestone" juga dikenali sebagai "diamante". Padanan bahasa Melayu untuk "diamante" ialah permata atau manikam palsu.Istilah11.10.2013

Kembali ke atas