definasi melayu menurut kamus dewan? | Melayu: nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; | Makna | 14.08.2009 |
Salam sejahtera. Peribahasa seperti rusa masuk kampung atau seperti rusa masuk ke kampung? Atau kedua-duanya betul? | Peribahasa "Seperti rusa masuk kampung", sumber Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 08.08.2016 |
Salam sejahtera,saya ingin tanya tentang peribahasa. Adakah setiap peribahasa telah dimantapkan. "seperti rusa masuk kampung" boleh ditukar jadi "bagai rusa masuk kampung" atau " seperti rusa masuk ke kampung"? Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar kerana telah mantap. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Sastera | 27.07.2016 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Saya sedang membuat kajian dalam bidang teks steganografi. Saya ingin mengetahui masuk Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut berikut: 1. cover text - teks penutup @ teks pelindung 2. hidden message - mesej rahsia @ mesej tersembunyi atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. cover text - teks pelindung 2. hidden message - mesej tersembunyi | Istilah | 24.11.2016 |
Salam, frasa 'pengantunan kanak-kanak' dan 'amang seksual' sudah masuk dalam perbendaharaan Melayu sejak 2017 melalui Akta 792. Sudah tiba masanya DBP mengemas kini PRPM dan memasukkan istilah tersebut supaya dapat dimasyarakatkan. | Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ‘pengantunan kanak-kanak’ dan ‘amang seksual’. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. | Istilah | 15.03.2019 |
Salam sejahtera, adakah benar tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman (kata yang sudah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu) jika ada padanan katanya dalam bahasa Melayu? Sedangkan bahasa Melayu itu bersifat dinamik. Contohnya kata ofis & pejabat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Padanan yang diserap terus dalam bahasa Inggeris boleh terus digunakan sekiranya padanan tersebut sudah ada dalam kamus sahaja. Contoh perkataan yang diberikan, perkataan ofis hanya digunakan dalam bahasa percakapan sahaja tetapi dalam penulisan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu standard iaitu pejabat. | Makna | 15.10.2019 |
Perkataan yang betul ialah Cap dan bukannya Cop. Justeru, bagi perkataan "Cap Keselamatan", "Cap Keluar", "Cap Masuk", apakah perkataan bahasa Inggeris padanan bagi perkataan bahasa Melayu di atas. Terima kasih | Untuk makluman, perkataan "Cap Masuk", "Cap Keluar" dan "Cap Keselamatan" memang tidak terdapat dalam data DBP. Sehubungan dengan itu, tidak ada padanan yang dapat diberikan. Selain itu, maksud penggunaan perkatan tersebut agak kurang jelas, mungkin boleh diterangkan dengan lebih terperinci untuk dilihat kembali. | Istilah | 11.08.2015 |
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus? | Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+ | Makna | 13.11.2015 |
Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang. | Istilah | 06.01.2017 |