Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(87)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(57)

63

Toot your own horn

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Masuk bakul angkat sendiri

"I don't want to toot your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan 'masuk' berbentuk kata kerja transitif atau tak transitif? Bolehkah saya menulis begini: Ali masuk bilik. Ataupun saya perlu menulis: Ali masuk ke bilik. Terima kasih.Masuk merupakan kata kerja aktif tak transitif. "ke bilik" merupakan unsur keterangan yang memberikan maklumat tambahan.

Ayat yang gramatis ialah Ali masuk ke bilik.
Tatabahasa22.01.2013
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupanPenyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. Lain-lain14.03.2008
Mana satu yang betul untuk diletakkan di poster: 1) Masuk adalah percuma 2) Masuk percuma 3) Kemasukan percuma Ini adalah bagi konteks, masuk menonton sesebuah persembahan.Jawapan yang betul ialah "Masuk percuma".Lain-lain03.07.2022
perkataan keluar/masuk atau keluar masuk yang boleh tulis dlm surat rasmi?Perkataan keluar masuk boleh digunakan dalam ayat asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Jika tuan dapat memberikan contoh penggunaannya, lebih mudah untuk kami menerangkannya kepada tuan.Tatabahasa02.07.2015
Apa perbezaan antara "masuk kelas" dan "masuk ke kelas"? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "masuk ke kelas" iaitu kata kerja tunggal diikuti oleh kata sendi nama  digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa22.03.2022
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ?Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang.Tatabahasa07.10.2011
mana yang betul? ' masuk ke dalam dewan' atau 'masuk ke dewan'Jawapan yang betul ialah masuk ke dalam dewan, pergi ke dewan.Lain-lain16.11.2010
Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk.Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja.  Begitu juga dengan frasa "turun naik".  Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya.Istilah05.08.2015
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk ke Bukit Merah. Jadi saya berpatah di jalan masuk ke Alor Pongsu untuk datang ke sini."Lain-lain11.09.2022
Salam sejahtera. Peribahasa seperti rusa masuk kampung atau seperti rusa masuk ke kampung? Atau kedua-duanya betul?Peribahasa "Seperti rusa masuk kampung", sumber Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu.Tatabahasa08.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas