Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan/Puan Mohon bertanya bagi ejaan : Peruntukan Memasukkan Menggalakkan Terima kasihEjaan yang betul ialah peruntukan (apitan per-...-an + untuk), memasukkan (apitan meN-...-kan + masuk) dan menggalakkan (meN-...-kan + galak).Tatabahasa25.04.2014
Salam, Harap beri sedikit panduan (secara am) bagaimana untuk mengguna imbuhan "kan" pada jenis-jenis atau ragam ayat sbg contoh: dia mengguna pisau untuk masuk rumah itu dia menggunakan pisau untuk masuk rumah itu diguna vs digunakan Lain kata, apakah peranan "kan" dalam tatabahasa? TKAkhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga men- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Dalam ayat contoh yang diberikan penggunaan yang betul ialah dia menggunakan pisau ... (ayat aktif transitif) dan rencana itu saya bukukan (ayat pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185.Tatabahasa26.12.2011
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
saya ingin meminta kelulusan iklan ini untuk di naik kan di hadapan kedai saya
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Sila buat bayaran setelah pendaftaran permohonan berjaya dan permohonan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Sila buat pembetulan berikut pada visual iklan:

DIMILIKI OLEH:  XXX   (rapatkan titik bertindih dengan perkataan sebelumnya)
Lain-lain27.10.2021
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikatUntuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.


Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.


Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 


Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain11.12.2024
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Saudara yang budiman,

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2018
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat di bawah ? 1)Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. 3)Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.1) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. Perkataan yang betul ialah kemasukan, iaitu perkataan masuk menerima apitan ke-...-an bukannya apitan ke-...-kan.
2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. Perkataan yang betul ialah berlebihan.
3) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Perkataan yang betul ialah delegasi dan menubuhkan.
Tatabahasa27.03.2014
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Iklan yang telah disahkan telah difaks kepada tuan. Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain25.05.2012
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Iklan yang telah disahkan telah difaks kepada tuan.  Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain25.05.2012
12

Kembali ke atas