| Apakah imbuhan yang betul untuk "log masuk" jika digunakan sebagai kata kerja dalam ayat aktif? | Log masuk atau daftar masuk merupakan kata kerja dan tidak perlu ditambah imbuhan. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
| Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang tepat untuk ayat berikut: Please log in to your account. 1. Sila log masuk ke akaun anda. 2. Sila log masuk akaun anda. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang tepat dan lebih sesuai ialah Sila log masuk ke akaun anda | Tatabahasa | 02.12.2019 |
| Log masuk bagi Khidmat Nasihat DBP hanya perlu memasukkan e-mel tanpa kata laluan. Ini mendedahkan kepada isu keselamatan terhadap pengguna awam yang pernah bertanya di portal ini. Dipohon pihak DBP perkemas log masuk yang memaparkan ID Pengguna (e-mel) dan kata laluan. Ini merupakan asas bagi modul pengguna. Jika seseorang itu mengetahui e-mel saya, mereka sesuka hati boleh akses papan pemuka saya. Dan mungkin menyamar sebagai saya untuk bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Mohon ambil tindakan segera. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Terima kasih atas cadangan penambahbaikan sistem KNDBP. Pihak kami akan segera mengambil tindakan sewajarnya. | Lain-lain | 17.01.2024 |
| Bagaimanakah saya dapat melihat semula semua bantuan tentang bahasa yang sebelum ini saya dapat lihat di PRPM? | Salam sejahtera, Dokumentasi Soalan dan Jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP Masuk melalui pautan http://kndbp.dbp.gov.my/ Log in Masuk Log Masuk Individu (masukkan e-mel) Sekiranya ingin melihat soalan yang kerap ditanya: i. Pada bahagian kiri tekan FAQ (Soalan kerap ditanya) - gambar seperti pada lampiran (i) Sekiranya ingin melihat soalan yang pernah ditanya: ii. Pada bahagian atas tekan Rekod Pertanyaan - gambar seperti pada lampiran (ii) Sekiranya ingin melibat perkataan dalam PRPM iii. Masuk melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/ a. Taip perkataan yang ingin dicari b. Tekan pada kiri (Khidmat Nasihat) - gambar seperti pada lampiran (b) Paparan soalan yang berkaitan swafoto yang pernah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat DBP. gambar seperti pada lampiran (c)
|