Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.dan.kan] | ممادنکن

Definisi : 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaras­kan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk menge­tahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. mem­berikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.dan.kan] | ممادنکن

Definisi : 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PRPM memadankan 'one-size-fits-all' kepada 'pukul rata', bagaimana pula 'one-size-fits-most'?Kami mencadangkan "one-size-fits-most" diterjemahkan sebagai "satu saiz sesuai kebanyakan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
DBP telah memadankan 'fidget spinner' dengan 'gasing tangan'. Agak sukar untuk kembangkan pola ini untuk menterjemahkan 'fidget toy'. Apakah padanan sesuai untuk 'fidget toy'? 'mainan buang gelisah'?Kami mencadangkan "fidget toy" diterjemahkan sebagai "mainan nyahresah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Apakah rasional memadankan blogger dengan pemblog dalam bahasa Melayu? Bukankah jika kita turuti tatabahasa Melayu, blog yang satu suku kata jika diberi imbuhan pe- menjadi pengeblog? Sama seperti pengebom.Istilah yang dibina oleh pakar bidang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Binaan istilah pemblog sama seperti pembrek dan pemblok. Ulasan yang dapat diberikan ialah binaan istilah seperti pemblog, pembrek dan pemblok lebih mesra dengan sebutan dalam Bahasa Melayu, tidak seperti pengeblog, pengebrek dan pengeblok. Jika tuan berminat untuk membuat kajian tentang binaan kata, silalah berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Tatabahasa09.02.2019
Bolehkah saya memadankan istilah rock/stone skipping dengan kata "encat" (tersenarai dalam glosari dialek pahang) kerana maknanya sama?Perkataan rock skipping boleh diterjemahkan kepada encat. Kata dialek juga boleh dinaik taraf sebagai kata baku apabila tiada padanan dalam bahasa Melayu.Istilah14.08.2018
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011
Minta jasa DBP memadankan istilah senaman berikut ke dalam bahasa Melayu: 'Cross fit', 'High Intensity Interval Training (HIIT)', dan 'Low Intensity Interval Training (LIIT). Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Crossfit: Crossfit

2) High Intensity Interval Training (HIIT): latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT)

3) Low Intensity Interval Training (LIIT): latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah10.04.2022
Kami bercadang untuk memadankan perkataan “the pulped part..” dalam ayat di bawah ini sebagai “bahagian berpulpa”. Adakah padanan ini tepat dalam konteks ayat ini. 244. (1) Fruit pulp shall be the pulped parts of raw fruit from which no juice has been extracted. 244. (1) Pulpa buah hendaklah bahagian isi buah mentah yang masih belum diekstrak jusnya.Cadangan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan konteks ayat di atas ialah bahagian berpulpa atau bahagian berisi.Lain-lain30.06.2021
Apakah padanan bagi "standardized"? Bolehkah kami memadankan dengan "distandardisasikan"?Cadangan padanan yang sesuai bagi perkataan standardized ialah terpiawai.Makna25.07.2021
untuk tajuk - pelarasan gaji atau penyelarasan gajiUntuk maksud menyesuaikan dan memadankan, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimanpun dalam konteks yang dinyatakan bentuk yang lazim digunakan ialah "pelarasan gaji".Tatabahasa31.10.2011
Adakah gecko dan lizard mempunyai padanan berbeza dalam bahasa Melayu? Atau adakah kedua-duanya dipadankan dengan istilah cicak? Bolehkah saya memadankan gecko dengan geko/gekok memandangkan istilah gecko dalam bahasa Inggeris memang berasal daripada perkataan geko/gekok dalam bahasa melayu. (Sumber: https://www.jstor.org/stable/592299?seq=1#page_scan_tab_contents)Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, kedua-dua reptilia ini diterjemahkan kepada cicak, walaupun ada perbezaan dari segi fizikal dan ciri haiwan tersebut.Lain-lain03.04.2018
12

Kembali ke atas