Saya memasuki pertandingan syair peringkat daerah, bagaimana saya ingin memastikan irama yang saya bawa adalah betul ? Adakah irama Syair yg ada di Youtube adalah betul ? | Untuk maklumat, pihak DBP tidak menawarkan khidmat seperti yang tuan/puan maksudkan. Apa yang dipaparkan di Youtube, kami juga tidak dapat memastikan kesahihannya. Sungguhpun demikian, kami mencadangkan supaya tuan/pun menghubungi pihak ASWARA kerana mungkin ada yang dapat memberikan bantuan disebabkan di sana terdapat kursus-kursus yang berkaitan dengan seni dan sastera, sama ada moden atau tradisional. | Lain-lain | 12.05.2017 |
KEGAGALAN MEMASUKI AKSARA CARIAN KERANA PAPARAN MAKLUM BALAS SENTIASA KELUAR WALAU PUN BORANG TERSEBUT TELAH DIAMBIL TINDAKAN PENGHANTARAN | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Untuk sementara waktu, kami mencadangkan tuan menggunakan enjin carian Crome, bukan Internet Explorer. | Lain-lain | 22.11.2016 |
Jangan memasuki bilik itu tanpa kebenaran Adakah ayat ini betul ? | Penggunaa ayat di atas adalah tepat. | Tatabahasa | 02.09.2012 |
Adakah ayat ini betul tatabahasanya? Banyak pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo. | Berduyun-duyun telah membawa maksud jamad, ayat yang gramatis "pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo". | Tatabahasa | 14.07.2012 |
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Adakah ayat ini betul? Kalau salah mengapa salah?Di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai ini. Terima kasih. | Ayat tersebut tidak gramatis kerana tiada pelaku (subjek). Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat tersebut hanya terdiri daripada predikat sahaja. - Remaja/Kanak-kanak di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai ini | Ejaan | 09.08.2006 |
Boleh bagi syarat-syarat untuk memasuki pertandingan menulis novel bagi peringkat negeri johor 2009? | Sekiranya saudara maksudkan ialah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III 2009, di sini disertakan maklumat yang diperlukan. (sila lihat lampiran). Saudara juga boleh melayari laman sesawang DBP dan klik pada laman utama yang ada memaparkan peraduan yang dianjurkan oleh DBP sendiri ataupun kerjasama dengan agensi lain. | Lain-lain | 14.07.2009 |
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk. | 1. Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut: “Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.” 2. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama) Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut: i. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif) ii. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama) Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 29.08.2017 |
Saya sebagai guru yang pernah melatih murid memasuki pertandingan pantun ingin mengutarakan pertanyaan. Saya ingin menerbitkan pantun ciptaan sendiri berdasarkan tema pertandingan peringkat daerah. Siapakan yang perlu saya rujuk di DBP? Buku pantun sangat bermanfaat untuk murid sekolah. | Tuan boleh mengemukakan manuskrip berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Tingkat 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 04.09.2017 |
1.perbezaan imbuhan i dan kan .contohnya memasuki dan memasukkan 2.memperluas ,memperbaiki, mempertingkat .adakah betul? 3.'olehkerana' perkataan ini adakah betul? {terima kasih atas jasa anda yang disumbangkan} | 1. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif boleh menerima akhiran kan dan akhiran i untuk membentuk kata kerja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 - 190. 2. Yang betul ialah memperluas, mempertingkat dan memperbaik. Memperbaiki bermaksud berbuat baik kpd seseorang (sastera lama) 3. Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 26.10.2008 |