Encik, Apakah perbezaan sebenar penggunaan kata 'menanya', 'menanyakan' dan 'menanyai' dari segi hukum tatabahasa? Adakah penggunaan kata 'menanya' mesti diikuti oleh kata sendi 'kepada'? Contohnya, Saya menanya kepada pemuda itu. Terima kasih. | Kata menanya dan menanyai mempunyai maksud yang sama, iaitu bertanya kepada dan berfungsi sebagai kata kerja transitif yang mesti diikuti objek selepasnya, seperti Ahmad menanya/menanyai Cikgu Siti satu soalan Matematik. Menanyakan juga berfungsi sebagai kata kerja transitif yang diikuti objek selepasnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.05.2016 |
perbezaan antara perkataan menanya and bertanya Ayat yang manakah betul ? Ayat: 1. Pada hari Ahad, Ana bertanya kepada ibunya... 2. Pada hari Ahad Ana menanya ibunya... | Menanya bermaksud bertanya kepada; dan bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu. Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Saya menanya soalan berikut semalam dan menerima jawapan tuan . Sebenarnya ayat itu disalin daripada buke teks BM tahun 1 sjkc. Saya rasa ayat ini ialah ayat tergantung, cuma hendak mendapat pengesahan dari pihak DBP. ############### Soalan : Adakah "Hiasan daun kering itu pada dinding" gramatis? Jawapan : Mohon perjelaskan makna ayat yang ingin disampaikan dalam ayat diajukan. Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan mempunyai makna ialah “Hiasan daun kering itu di dinding”. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. ################## | Ayat ini bukan ayat tergantung kerana ayat mempunyai binaan Subjek dan Predikat. Subjek terdiri daripada Frasa Nama [Hiasan daun kering] + kata tunjuk [itu] manakala predikatnya terdiri daripada Frasa Sendi Nama [di dinding]. Pola ayat ini ialah Pola 4: Frasa nama + Frasa Sendi Nama. Sila rujuk Bab 16 Ayat dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 431-581. | Tatabahasa | 14.03.2014 |
Saya ingin menanya dan merujuk pengesahan suku kata untuk perkataan 'video' sama ada ialah vi+de+o atau vi +deo? Bagaimana pula dengan perkataan 'radio'? | Sebutan untuk "video" ialah "vi.deo", manakala "radio" ialah "ra.dio" | Lain-lain | 13.10.2014 |
Saya ingin menanya tentang perkataan "semata-mata". 1. Kedai ini bukan sebuah kedai herba Cina semata-mata. 2. Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina. - Yang mana betul? - Apakah golongan kata bagi perkataan "semata-mata." | "semata-mata" sama makna dengan "hanya". Ayat yang tepat ialah: Kedai ini bukan semata-mata kedai herba Cina... semata-mata/hanya - kata tugas | Tatabahasa | 01.10.2012 |
saya ingin menanya bahawa jika anda dapat memberi pola ayat, frasa-frasa menarik dan kosa kata yang terkini untuk rujukan para pelanggan terutamanya pelajar sekolah .. | Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku tatabahasa yang berkaitan. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |
SAYA INGIN MENANYA MENGENAI PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dan sebagainya. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Saya ingin menanya samada perkataan ini dieja dengan betul "kompetatif'. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Ejaan | 09.04.2009 |
Saya ingin menanya dalam penggunaan kata bilangan, sepatutnya digunakan pelbagai jenis buah atau pelbagai jenis buah-buahan? Hal ini demikian kerana pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya pelbagai jenis buah, tapi saya mendapati bahawa banyak buku dan surat khabar yang menggunakan pelbagai jenis buah-buahan. Harap pihak tuan/ puan memberi keterangan lanjut kepada saya. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah pelbagai jenis buah. | Tatabahasa | 17.08.2008 |