Salam Tuan, Yang mana lebih tepat: "Kita akan meneliti BAGAIMANA kerumitan ini boleh ..." ataukah "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ..." Salam & T. Kasih | Ayat "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ... adalah tepat kerana kata tanya "bagaimana" tidak boleh hadir dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 16.02.2011 |
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......' | Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ... | Tatabahasa | 21.06.2012 |
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih. | Lain-lain | 28.07.2020 |
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih. | 1. Simbol & perlu dieja penuh "dan". 2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan 3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan 4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2017 |
mohon semak penggunaan perkataan RUMIT dalam ayat di bawah, betul atau salah. 1. murid-murid sedang meneliti serangga yang RUMIT itu menggunakan mikroskop. 2. kehidupan pekebun sayur begitu RUMIT sekali kerana musin kemarau yang melanda. terima kasih. | 1. Murid-murid sedang meneliti serangga yang seni itu menggunakan mikroskop. 2. Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musin kemarau yang melanda. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih. | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
aktiviti pembersihan,pekerja perkhidmatan lain aktiviti perundingan pengurusan | Saya telah meneliti lampiran yang disertakan dan mendapati visual tersebut mengandungi kesalahan, iaitu Perkhidmatan yang disediakan tidak dinyatakan dengan jelas. Contoh: PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN. Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 26.11.2015 |
Selamat petang, Saya ingin membuat pengesahan pengunaan bahasa melayu yang betul seperti dalam lampiran. | Selamat petang, Saya telah meneliti lampiran yang disertakan dan mendapati visual tersebut tidak mengandungi sebarang kesalahan. Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 14.07.2015 |
Salam. Tuan, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan 'Aspresiasi' bagi tajuk poster seperti di lampiran. Sekian. Terima kasih. | Pihak kami telah meneliti lampiran yang telah diberikan. Penggunaan perkataan "Apresiasi" tidak salah kerana membawa maksud "Penghargaan". Akan tetapi, kami mendapati terdapat kesalahan dari susunan ayat dan pemilihan perkataan. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya digunakan ayat, "APRESIASI KHAS KEPADA WARGA PENTADBIRAN" atau "APRESIASI KHAS KEPADA STAF PENTADBIRAN". Selain itu, kami mendapati terdapat kesalah dari segi ejaan, iaitu PENYELARAS. | Lain-lain | 23.01.2017 |
Selamat sejahtera tuan/puan, Ini berkenaan ejaan bahasa yang saya rasa kurang baik maksudnya. Ejaan tersebut mungkin boleh diubah agar leih tepat lagi. Saya mohon pihak tuan/puan meneliti perkataan tersebut & buat perubahan yang positif. Perkataan tersebut Ialah melayu. Jika di lihat daripada perkataan me maksudnya sedang, layu saya rasa tuan/puan tahu maksudnya. Jika dilihat disini maksud disebalik perkataan melayu ialah sedang layu ejaan yang kurang baik untuk mencerminkan bangsa. Cadangan saya perkataan itu ditukar ejaannya ke mlayu yang saya rasa mencerminkan bangsa dan tiada maksud yang lain selain daripada nama sesuatu bangsa. Sekian harap maaf jika ini menyebabkan rasa kurang senang tuan/puan. Niat saya adalah untuk keutuhan bahasa yang dijunjung. | Tuan Net, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pada pandangan saya tuan sepatutnya tidak menyempitkan makna perkataan melayu itu, memang betul makna layu ialah tidak bermaya namun saya rasa banyak perkataan lain yang melambangkan bangsa lain didunia ini membawa makna yang negatif dalam bahasa Melayu, namun kita tidak pernah mempertikaikannya. Saya sebagai seorang Melayu, cukup berbangga dengan nama ini. Jadi janganlah soal remeh seperti ini ditimbulkan. Terima kasih. | Makna | 04.06.2009 |