Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
maksud perkataan pertempatan | Tiada imbuhan "per" bagi perkataan tempat, yang betul ialah penempatan (hal atau perbuatan menempati atau menempatkan) dan petempatan (kawasan yang ditempati atau untuk menempatkan sekumpulan orang dan lain-lain). | Tatabahasa | 19.04.2009 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan. | Tatabahasa | 06.09.2015 |
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat. | Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. | Makna | 02.07.2012 |
buruh asing mengambil kesempatan dengan mendirikan (penempatan, petempatan) secara haram. tuan, penempatan atau petempatan yang betul? | Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam | 1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. 2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka r dalam awalan ter- tidak gugur. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
perbezaan antara PENEMPATAN, PERTEMPATAN ATAU PETEMPATAN yang mana satu ejaan yang betul? Cth ayat : Kawasan yang satu lagi adalah kawasan PERTEMPATAN dan perniagaan lama yang berkembang sehingga ke luar jajaran Kota. | Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu. Dalam ayat di atas, kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks kecuali pertempatan. | Tatabahasa | 15.05.2009 |
Terjemahan "Strategic Positioning", kalau mengikut DBP ialah "Peletakan Strategik". Akan tetapi, carian google menunjukkan bahawa istilah ini jarang digunakan. Terjemahan yang sering digunakan ialah "Penempatan Strategik". Soalan saya, adakah "Penempatan Strategik" juga terjemahan yang betul untuk "Strategic Positioning"? | Menurut Kamus Dewan Perdana makna penempatan ialah perbuatan atau proses menempati atau menempatkan seseorang atau sesesuatu. Maksud ini boleh juga digunakan untuk merujuk pada perkataan”peletakan” dalam frasa “peletakan strategik”. Sekiranya maksud ini bersesuaian dengan konsep dan konteks "Strategic Positioning" padanan terjemahan frasa “penempatan strategik” juga boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2023 |