Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 1. Mengapakah kata kerja 'memperoleh' bukannya 'memperolehi' diguna pakai dalam bahasa Melayu sedangkan ada kata kerja 'menghadiahi' atau 'menerangi'? 2. Terjemahan tepat "Take Home Exam" dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.

1.  Awalan memper-... ditambah dengan kata dasar oleh membentuk kata kerja memperoleh, tidak ada kata dasar olehi untuk membentuk kata kerja memperolehi. Manakala perkataan menghadiahi wujud apabila kata dasar hadiah menerima apitan meN-...-i.

2.  Terjemahan 'Take Home Exam' belum ada dalam bahasa Melayu, terdapat istilah 'take-home pay' yang diterjemahkan kepada gaji bawa pulang dalam bahasa Melayu. Berdasarkan contoh tersebut, kami mencadangkan 'Take Home Pay' diterjemahkan kepada 'Peperiksaan Bawa Pulang' dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa08.11.2010

Kembali ke atas