Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ ma­kan­an utk bayi; 4. menjadikan cair, me­larut­kan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihan­cur­kan supaya timahnya dapat dikum­pul­kan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, mem­binasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremuk­kan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepa­da­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.cur.kan] | مڠهنچورکن

Definisi : 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Peribahasa

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih.Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya.

Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa17.07.2014
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012

Kembali ke atas