Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngil.ham.kan] | مڠيلهامکن

Definisi : memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngil.ham.kan] | مڠيلهامکن

Definisi : memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya menggunakan terjemahan "Mengilhamkan kemajuan" @ "Mengilham kemajuan" untuk padanan Bahasa Inggerisnya, "Inspiring Progress"?Cadangan terjemahan bagi padanan bahasa Inggeris "Inspiring Progress" ialah Kemajuan memberikan InspirasiMakna02.06.2017
Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanTerjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, Makna05.06.2017
Saya baru menerima respons kepada permintaan semakan kata "inspiring progress" - "mengilham kemajuan", dan pihak tuan telah mencadangkan "kemajuan memberikan inspirasi". Sebenarnya frasa tersebut adalah sebahagian daripada frasa penuh, "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" di mana perkataan "Celebrating" dan "Inspiring" lebih berbentuk kata kerja atau kata perintah. Bolehkah saya cadangkan: - Mengilhami kemajuan - Mendorong kemajuan - Merangsang kemajuan atau kata2 yang difikirkan lebih sesuai sebagai kata gesaan/kerja. Terima kasihMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan  yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanMakna02.06.2017

Kembali ke atas