1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah? | Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.02.2012 |
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'? | 1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan. 2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. | Tatabahasa | 11.09.2015 |
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan' | 1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 2. Kami pergi ke sana bersama-sama ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama. 3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Lain-lain | 17.09.2015 |
Adakah proses dan acara berbeza? | Ya, proses dan acara mempunyai makna yang berbeza. Proses bermaksud: 1. satu siri tindakan atau operasi yang dilakukan atau yang perlu diikuti untuk membuat atau melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: Proses pelantikan perunding hendaklah dibuat mengikut prosedur. 2. perubahan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau tanpa disedari, biasanya melibatkan tempoh yang panjang. Contoh ayat: Kekurangan nutrisi boleh mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak. 3. kaedah atau teknik untuk membuat atau menghasilkan sesuatu barangan, khususnya dalam industri. Contoh ayat: Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likuor koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C. Manakala acara bermaksud: 1. jenis permainan dalam sukan yang dipertandingkan, misalnya lari berganti-ganti, badminton atau menembak. Contoh ayat: Acara lompatan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah. 2. perkara yang dilaksanakan oleh masyarakat mengikut adat atau kebiasaan, misalnya semasa majlis perkahwinan atau dalam kehidupan. Contoh ayat: Pengantin lelaki menyempurnakan acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan sebentuk cincin. 3. bahagian atau seluruh kegiatan yang disusun dan dijadualkan untuk dilaksanakan bagi menjayakan sesuatu upacara, persembahan, sambutan dan sebagainya. Contoh ayat: Acara ini bermula dengan ucapan Ketua Pengarah. 4. kegiatan, program atau majlis khusus yang diadakan untuk tujuan tertentu. Contoh ayat: Acara Forum Remaja akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir. Terima kasih. | Makna | 08.11.2024 |