( Pada minggu lalu,Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung) Adakah perkataan minggu boleh dikira sebagai kata nama am? | Kata 'minggu' dalam ayat 'Pada minggu lalu, Leela sekeluarga menziarahi datuk dan nenek di kampung.' tergolong sebagai kata nama am. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
Semua rakyat Malaysia diseru supaya ziarah-menziarahi pada musim perayaan. Adakah soalan ini betul? | Ayat tersebut kurang jelas. Perkataan "supaya" dalam ayat hendaklah menerangkan maksud ayat sebelumnya. Ayat tersebut sepatutnya, "Semua rakyat Malaysia digalakkan ziarah-menziarahi untuk memupuk tali persaudaraan yang berpanjangan". | Tatabahasa | 01.03.2010 |
apakah makna lawatan? | Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan. | Makna | 10.10.2009 |
Selamat sejahtera . Bagaimanakah cara menentukan sesuatu ayat itu ayat majmuk? Ayat yang berikut ini ayat tunggal atau ayat majmuk? Ayat: Kalang menziarahi saudaranya, Assan, di Sri Aman. | Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. Ayat contoh yan saudara berikan bukanlah tergolong dalam ayat majmuk. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih. | Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2009 |
negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQ | Merujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan. | 1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata; 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; mendapat rawatan - tepat | Tatabahasa | 03.10.2012 |