Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ring] | ميريڠ

Definisi : 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali; memiringkan menjadikan (meletakkan, mem­buat) miring, mencondongkan, menyenget­kan: payung mereka dimiringkan ke sebelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.ring] | ميريڠ

Definisi : 1 rendah sebelah; tidak datar. 2 tidak tegak; condong: Tulisannya ~ ke kanan. 3 senget sebelah (bkn perahu, kapal dll). 4 = otak ~ agak gila; kurang siuman. 5 berat sebelah (bkn hukuman); tidak adil. memiringkan meletakkan miring; mencondongkan; menyengetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miring (adjektif)
1. Bersinonim dengan condong: senget, sendeng, serong, herot, berot, bengot, benyot, genjang, benjot, pencong, mendoyong, sadak, tubing, menubing, tuding, jeneng, teleng, melereng, kencong,
Berantonim dengan tegak

2. Bersinonim dengan sasar: gila, setengah gila, setengah tiang, tidak siuman, tidak waras, tiga suku, hilang akal, sakit otak, sakil akal, sakit jiwa, majnun, safih, kasap, edan,
Berantonim dengan siuman

Kata Terbitan : memiringkan,

Peribahasa

Macam kepiting jalan.

Bermaksud :

Orang yang berjalan miring.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya mohon penjelasan tentang penggunaan tanda garis miring (/) yang betul dan alasan penerimaan penggunaan yang betul. 1. Harganya RM3.00/ela. 2. Harganya RM3.00/ ela. 3. Harganya RM3.00 /ela. 4. Harganya RM3.00 / ela.

Tanda garis miring (/) digunakan seperti yang berikut:

(a) Nombor rujukan surat rasmi, contoh: DBP/4-9/23/4/32 K.8 (68)

(b) Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.

Contoh:  - Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan

              -  Harganya RM3.00/ela

 

Tatabahasa16.10.2009
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan.Tatabahasa23.10.2012
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak

Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb)

Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);

Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Makna17.04.2009
Saya ingin bertanya adakah penggunaan simbol (/) perlu dijarakkan atau didekatkan. Contohnya: lepas/tahan/rampas atau lepas / tahan / rampas. Terima kasih.

Perkataan sebelum dan selepas Garis Miring (/) hendaklah dirapatkan.

Tatabahasa23.08.2011
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
Salam sejahtera, Apakah nama-nama simbol seperti @, #, &, *, -, _, / dan lainnya dalam Bahasa Melayu? Terima Kasih. NAIMJALILDalam buku Gaya Dewan tanda baca atau simbol yang diberi nama dan ada fungsinya tersendiri dalam penulisan adalah seperti yang berikut: ( - ) ialah sempang dan ( / ) ialah garis miring; simbol yang lain tidak ada dalam buku ini tetapi lazimnya ( _ ) dikenali sebagai garis bawah, ( * ) bintang, ( # ) garis silang; manakala simbol ( & ) bermaksud dan dan simbol ( @ ) bermaksud atau dan di (ikut kesesuaian konteks penggunaannya).Lain-lain26.01.2011
Apa maksud ayat dalam Sijil Berhenti Sekolah berikut" Peperiksaan diduduki/lulus : PMR dan SPM A. Pelajar telah duduk dan lulus PMR serta SPM. B. Pelajar telah duduk PMR dan lulus SPM. C. Pelajar telah duduk PMR dan SPM. D. Pelajar telah lulus PMR dan SPM. Apakah maksud tanda "/" ?Tanda garis miring ( / ) berfungsi sebagai pengganti kata untuk dan, atau dan per.Makna21.11.2009
BOLEH HURAIKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SIMBOL YANG BETUL DAN TERKINI UNTUK TAHUN 2012Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tiada rujukan yang terkini dan dalam hal tanda baca rujukan utama ialah buku Gaya Dewan, terbitan DBP. Terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma (,), tanda noktah (.), tanda pisah (-), tanda sempang (-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertindih (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Untuk mengetahui fungsi setiap tanda baca sila rujuk buku Gaya Dewan, halaman 64 - 79.Lain-lain11.09.2012

Kembali ke atas