Salam sejahtera, 1. Cikgu Hong dan Cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid / murid-murid di pintu utama sekolah. (kita patut guna murid atau murid-murid?) Terima kasih. | Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah cikgu Hong dan cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid-murid di pintu utama sekolah | Lain-lain | 25.07.2018 |
Salam, bagaimanakah cara menulis yang betul untuk 'murid-murid tahun enam'? Sama ada 'murid-murid tahun enam' ataupun 'murid-murid Tahun Enam yang lebih betul? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 'murid-murid tahun enam'. | Tatabahasa | 24.09.2014 |
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih. | Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut: (1) Beratur di luar kelas murid-murid. (pendepanan seluruh predikat) (2) Beratur murid-murid di luar kelas. (pendepanan frasa kerja) (3) Di luar kelas murid-murid beratur. (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat | Tatabahasa | 22.08.2017 |
1.murid-murid (menghiaskan/ menghias) panji-panji di padang. 2.murid-murid (menghiaskan/ menghias) padang menggunakan panji-panji. Antara 2 ayat. mana yang betul? | Menurut data kami, ayat yang betul ialah 1. Murid-murid menghiaskan panji-panji di padang 2. Murid-murid menghiaskan padang menggunakan panji-panji. | Tatabahasa | 09.08.2016 |
Saya nak tampal jadual bertugas murid-murid di papan kenyataan.Mana satu yang sesuai digunakan sebagai tajuk jadual tersebut?Jadual Bertugas Murid-murid tahun 6 atau Jadual Tugas Murid-murid tahun 6 atau ada frasa lain yang lebih betul? | Ayat yang betul ialah "Jadual Tugas Murid-murid Tahun 6". | Tatabahasa | 02.06.2012 |
dia adalah/ialah antara murid/murid-murid pandai .? terdapat dua soalan .. adalah/ialah dan murid/murid2 | Merujuk kepada Koleksi Pedoman Bahasa yang dikeluarkan oleh DBP, kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebenarnya, sering berlaku kekeliruan apenggunaan kedua-dua kata ini. Namun demikian, bagi membantu saudara, kata kunci yang boleh saudara gunakan bagi membezakan contoh ayat yang diberikan atau kegunaan pada masa hadapan ialah: a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. | Tatabahasa | 09.01.2008 |
selamat sejahtera. 1. Murid-murid beratur membeli makanan di kantin. 2. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin. 3. Murid-murid beratur untuk membeli makanan di kantin. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? kalau ayat 1 betul. harap dapat penjelasan sikit daripada pihak tuan. terima kasih. | Semua ayat betul kecuali ayat 1. | Tatabahasa | 29.10.2018 |
1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Tugas guru adalah mengajar murid-murid. Yang manakah betul? | Ayat yang gramatis "Tugas guru mengajar murid-murid". | Tatabahasa | 19.07.2012 |
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH. | Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik: 1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati. b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang. 2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."
| Tatabahasa | 09.05.2014 |
i) Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... ii) Di akhir pengajaran, murid-murid dapat ..... Antara dua ayat ini, ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah pada akhir pengajaran, murid-murid dapat ...... | Lain-lain | 29.04.2010 |