Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.dan] | ڤادن

Definisi : 1. banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yg ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yg ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (bkn pakaian spt baju, seluar, dsb), muat: baju yg baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya; sepadan kena benar (keadaannya, ukuran­nya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seim­bang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; kesepadanan keadaan sepadan: adanya ~ skema dgn perwakilannya; berpadan 1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah; berpadanan 1. padan atau kena antara satu sama lain: khusus utk mereka yg gemar mengenakan barang perhiasan yg ~, dihasilkan barang-barang kemas yg lengkap dgn jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yg tengah naik; memadan memperbandingkan dua benda atau lebih (utk melihat persamaannya, perbe­zaannya, dll): maka juaranya pun pergilah ~ ayam kpd juara yg di gelanggang itu; tidak ~-madan tidak mengira-ngira, tidak mengagak-agak atau menimbang-nimbang (kesesuaian diri sendiri, hati orang, dll); memadankan 1. menjadikan padan (dgn sesuatu yg lain), menyesuaikan, menyelaras­kan: ~ dirinya utk menerima segala perubahan; yg lelakinya pula berbaju blazer atau T-shirt yg dipadankan dgn seluar panjang; 2. membandingkan (utk menge­tahui sesuai atau tidaknya dll): memadan-madankan gadis itu dgn anaknya; 3. mem­berikan (membentuk dsb) sesuatu yg menjadi persamaan bagi sesuatu yg lain, memberikan padanan kpd sesuatu: percubaan utk ~ satu imbuhan Inggeris dan satu imbuhan bahasa Malaysia itu terlalu kuat pengaruhnya; padanan 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; pemadanan perihal memadankan sesuatu, penyesuaian, perbandingan: ~ konsep yg wujud dlm fikiran dgn penyataannya yg diterbitkan dlm bentuk kata; pemadan sesuatu yg memadan(kan); garisan ~ garisan (pd kain jahitan) tempat dijahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dan] | ڤادن

Definisi : had atau tempat melempar batu (damar, guli, dll) dlm permainan, sempadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dan] | ڤادن

Definisi : Mn janji; berpadan berjanji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.dan] | ڤادن

Definisi : 1 lawan yg sepatutnya atau yg sama besarnya dll; banding; tara: Orang itu bukan ~nya bergusti. 2 = sepadan sesuai benar; sudah seharusnya; patut: Hukuman itu memang ~ dgn kesalahannya. 2 dpt dipakai kerana sesuai ukurannya atau besarnya; muat: Kasut ini terlalu besar, tidak ~ dgn saya. berpadanan tidak bersalahan; memang patut atau memang padan; bersesuaian: Upah yg diterimanya tidak ~ dgn tenaganya. memadankan 1 menjadikan padan; menyesuaikan: Dia ~ dirinya dgn segala perubahan. 2 mencuba-cuba supaya diketahui padan tidaknya; membandingkan utk mengetahui padan tidaknya: Dia ~ sepatu itu dgn kakinya. padanan sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. kepadanan hal padan; kesesuaian: ~ pakaian yg dipakai dgn majlis yg dihadiri adalah penting bagi kebanyakan wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Puisi
 

Jelatik burung jeladan,
     Burung terkukur terbang tinggi;
Sama patut samanya padan,
     Mari diukur samanya tinggi.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu munsyi, apakah perkataan sesuai menggantikan padan? TKPerkataan padan kurang sesuai dalam konteks ayat. Kamus Dewan mentakrifkan padan sebagai banding, imbangan, lawan, tanding, tara: lawan itu bukan ~nya; sama ~ seimbang; 2. cocok, sesuai, patut, sama: pakaian baru yang ~ dgn bentuk badannya; banyak lagi orang muda yang ~ menjadi suaminya; ~lah engkau dipilih menjadi ketua; 3. dapat dipakai (berkenaan pakaian seperti baju, seluar, dsb), muat: baju yang baru dibelinya itu kecil, tidak ~ dengannya;

Kami mencadangkan perkataan seri. Saudara boleh layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk carian kata dan makna untuk lebih lanjut.
Tatabahasa24.04.2013
suai padan atau suai-padan?yang mana satu ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah suai padan.Ejaan22.05.2013
Hakimi mengarahkan permainan itu dipercepat bagi mengelakkan keputusan padan dalam pertandingan itu. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan dengan padan? TKPadan bermaksud sesuai atau sama. Sila rujuk kamus untuk mencari perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa22.07.2012
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasihPerkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai.Tatabahasa04.02.2013
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini?Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. Makna23.02.2009
Saya tidak pasti yang manakah yang betul? 'Padankan dengan objek yang betul.' atau 'Padankan kepada objek yang betul.'Yang betul ialah "Padankan dengan objek yang betul" kerana kata "padan" digunakan dengan kata sendi nama  "dengan" yang menyatakan kesesuaian atau untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan, dicapai dan sebagainya.Tatabahasa22.03.2010
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
Mengapa perkataan 'koir' tidak dieja 'kuayer' sedangkan bahasa Melayu lebih menekankan aspek bunyi dalam pengucapannya ? Bunyi 'koir' ialah ko+ir (koir) bukannya kuayer. Perkataan Inggeris ini harus dieja dan dimelayukan menjadi 'kuayer'.Koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan.Istilah08.12.2009
12

Kembali ke atas