Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.da.nan] | ڤادنن

Definisi : sesuatu yg padan; bandingan; imbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Peribahasa

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan. Apakah padanan perkataan "pedagogy" yang sesuai dalam bahasa Melayu (dalam konteks pendidikan)? Saya telah mencari istilah yang ada di PRPM. Padanan yang ada ialah "Pedagogy" > "Pedagogi". Adakah padanan istilah ini sesuai? Adakah wujud padanan perkataan yang lain? Saya ada tugasan berkenaan istilah Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Saya khuatir padanan istilah tesebut tidak diterima dalam tugasan saya, sebab kelihatan... sama? ibarat istilah tersebut tidak menjelaskan perkataan asalnya? hmm saya pun tidak pasti. Harap tuan/puan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih.Penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan pada 21 Ogos 2025.Istilah13.08.2025
Padanan untuk "figure" iaitu gambaran seseorang atau sesuatu peristiwa pada tembikar seperti "red-figure pottery" dalam PRPM berikan dua padanan, satu "figura" dan satu lagi "figur". Yang mana satu sebenarnya yang betul?Padanan bagi istilah figure dalam bahasa Melayu ialah figura. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.01.2025
Apakah padanan yang sesuai untuk "finless", tansirip?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah finless ialah tanpa sirip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.06.2025
apakah padanan implosion?Padanan bahasa Melayu bagi istilah implosion ialah ledukan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2023
Apakah padanan "fiefdom"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah fiefdom ialah tanah kurnia. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Apakah padanan bahasa Melayu bagi "horse leader"?Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

horse leader - pengendali kuda

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah24.06.2022
Apakah padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk sukan Pickleball?Padanan bagi istilah pickleball dalam bahasa Melayu ialah bola pikel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah24.02.2025
Adakah padanan mitigation sesuai dengan mitigasi?Padanan bahasa Melayu bagi istilah mitigation ialah pengurangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah25.09.2024
Apakah padanan "Oceanfront"? Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah oceanfront ialah pinggir laut. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
apakah padanan perkataan american football?Padanan bahasa Melayu bagi istilah American football ialah bola sepak Amerika. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas