Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1. tidak benar (tulen), lancung, tiruan: kaki ~; rambut ~; wang ~; 2. tidak sungguh­-sungguh, tidak lurus (jujur), curang: dlm dunia ini memang banyak yg ~; janji ~; memalsukan melakukan sesuatu yg palsu, meniru sesuatu (utk mengabui mata atau menipu), melancungkan: penipuan serupa itu dapat ~ tanda-tanda asal; ~ wang kertas; kepalsuan 1. perihal palsu; 2. kecurangan, ketidakjujuran: kota yg penuh ~; pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan: membongkar amalan-amalan ~ dlm bidang penciptaan; pemalsu orang yg memalsukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pal.su] | ڤلسو

Definisi : 1 tidak benar atau tidak tulen; tiruan: emas ~; wang ~. 2 tidak sungguh-sungguh; tidak jujur: Janji-janjinya itu ~ belaka. memalsukan membuat sesuatu menjadi palsu: ~ wang. kepalsuan keadaan atau sifat palsu. pemalsuan perbuatan atau hal memalsukan. pemalsu orang yg memalsukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tak pandai memintal tali,
     Tali berpintal di tepi pintu;
Saya tak boleh membuat janji,
     Kerana janji selalu palsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah "adulteration", "adulterated product" dan "adulterant?" -Bidang Farmasi / Perubatan. Kami biasa gunakan istilah "campur palsu" atau "cemar palsu" sebelum ini untuk produk atau ubat yang dicampur dengan bahan kimia atau racun yang tidak diisytihar atau tidak dibenarkan.Jika merujuk bidang Perubatan dan Veterinar, padanannya ialah pencemaran, bahan cemar atau produk cemar.Istilah04.06.2010
perkataan sehaluan, sebagai, dan palsu tergolong dalam golongan kata apa?Sehaluan dan palsu ialah kata adjektif, manakala, sebagai ialah kata tugas.Lain-lain06.03.2013
Kata-kata yang dituturkan oleh pemuda itu adalah palsu belaka.ADA SALAH TAK?Kata pemeri 'adalah' tidak perlu hadir dalam ayat tersebut, Kata-kata yang dituturkan oleh pemuda itu palsu belaka.Tatabahasa15.08.2012
Salam. Apakah cara penggunaan istilah "tular palsu"? (ruj.: http://ekamus.dbp.gov.my/Makna.aspx?kid=314080). Adakah ia sebuah kata nama atau kata kerja? Terima kasih. 

Cara penggunaan istilah tular palsu ialah sesuatu seperti berita atau maklumat palsu yang tersebar dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna kepada pengguna yang lain. Istilah tular palsu ialah kata nama.

Istilah29.04.2020
Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih.Istilah29.08.2017
WANG RINGGIT MALAYSIA RM10 DISANGKA PALSU NO SIRI QN3868229 SAYA INGIN PULANG RM10 ASLI KE BANK NEGARA MALAYSIA KERANA SAYANGKAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA ISLAM MUSLIM SELURUH SUN IS.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.12.2015
saudara saya ingin bertanya adakah ayat seperti berikut benar atau palsu. " fahami seorang yang tajam akal"Ayat ini perlu dibetulkan menjadi, "fahami seseorang yang tajam akalnya".Tatabahasa18.03.2008
Happy EverAfter Didn't Exist Aug 21st, 9:08pm Asalamualaikum tuan/puan Saya ada terdengar,jika tulis sajak/seni boleh dapat alaun betul atau palsu ? kalau betul,saya berminat dan tolong beri tahu prosedurnya. smile emoticonWaalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya dan berminat untuk menghasilkan karya. Sekiranya tuan/puan ada menghantar karya kepada pihak kami, dan karya tuan/puan itu disiarkan/diterbitkan sama ada melalui majalah ataupun dalam bentuk buku, tuan/puan akan dibayar honorarium/royalti. (bukan elaun). Jumlah bayaran bergantung pada bentuk tulisan tuan/puan. Diharap penjelasan ini dapat membantu tuan/puan.Lain-lain21.08.2015
Saya ingin bertanya berkenaan istilah 'greenwashing'. Apakah istilah bahasa melayu yang bersesuaian?Untuk makluman, padanan bagi perkataan greenwashing tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, berdasarkan carian umum, greenwashing merupakan dakwaan atau maklumat palsu yang dibuat oleh penjual, pengeluar atau syarikat berkenaan produk atau servis yang dikatakan mesra alam, sedangkan dakwaan atau maklumat tersebut tidak benar.Penyemakan dan penterjemahan13.12.2018
Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya. Jawapan: -ada udang di sebalik batu -tanam tebu di tepi bibir -satu lagi jawapan apa?

Apakah soalan yang sebenarnya dalam ayat tersebut kerana hanya pilihan jawapan yang diberi tetapi tidak menyatakan soalannya dengan jelas. Sila hubungi kami semula.

Lain-lain06.07.2010
12

Kembali ke atas