Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Buah durian masak mengkal,
     Buah palas dimakan nyamuk;
Hari kemudian jangan menyesal,
     Rupa paras sudah tengok.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rupa paras atau paras rupa?Rupa paras dan paras rupa, kedua-duanya betul.Lain-lain28.12.2015
Rupa paras atau paras rupa yang tepat?Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. Lazimnya, paras rupa lebih banyak penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa19.04.2013
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa.Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan  2. setuju, bersefahaman, sepakat  3. sama benar, tidak berbeza  4. tepat, betul  5. setuju di hati, suka  6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul;  a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa.Tatabahasa02.09.2009
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna WajahMenurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajahMakna15.11.2015
Apakah penjodoh bilangan bagi makhluk asing yang berupa seperti manusia. 1.sebagai contoh makhluk asing kree atau kripton, mereka memiliki rupa paras seakan manusia, adakah boleh digunakan penjodoh bilangan seorang? sebagai contoh, seorang lelaki kree/kripton telah masuk melalui pintu automatik. 2. Bagaimana pula dengan makhluk separa binatang, contohnya Son Goku, makhluk saiyan di dalam komik dragon ball, dia separa monyet, bolehkah digunakan penjodoh bilangan seorang pada makhluk saiyan itu?

Untuk makluman, perkataan makhluk asing  tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk makhluk asing. Penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah digunakan.

Tatabahasa16.03.2020
Soalan sains tahun 2 Bagi saya...rupa dan paras = bentuk badan adalah salah satu ciri Mintak pencerahan..Soalan ini mungkin disediakan berdasarkan silibus untuk subjek sains tahun dua. Kami mencadangkan tuan/puan bertanya dengan guru berkenaan untuk penjelasan lanjut.Lain-lain07.06.2018
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011

Kembali ke atas