Mohon huraian manakah yang betul penggunaanya: -pembasuh mulut -pencuci mulut Terima kasih. | Kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu: pencuci mulut -benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. pembasuh mulut-minuman atau penganan sesudah makan nasi; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Saya sekadar ingin memaklumkan kepada DBP tentang kesilapan makna 'desert' yang sepatutnya gurun dan bukan pencuci mulut (dessert) dalam PRPM. Sekian. | desert Definisi : (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat). dessert Definisi : n /pembasuh, pencuci/ mulut, desert. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, desert ialah bahasa percakapan (bp) yang membawa maksud pembasuh mulut, pencuci mulut. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, desert ialah gurun, padang pasir; (as proper n) Gurun: the Gobi D~, Gurun Gobi; coastal ~, gurun pinggir laut; temperate ~, gurun hawa sederhana; a cultural ~, ketandusan budaya. | Makna | 03.09.2019 |
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasih | Terjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah: i. food deserts - makanan pencuci mulut; ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang; iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan. | Istilah | 16.05.2011 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong "jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. "crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 04.06.2021 |