Penelitian mengenai beberapa kajian berkaitan PCA menunjukkan kebanyakan pendekatan yang digunakan adalah "bagi bentuk yang tidak dihalang (occluded) ". Soalan betulkah susunan ayat "bagi bentuk..."? | Penggunaan "bagi" dalam ayat tersebut betul kerana ia digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. | Tatabahasa | 03.07.2007 |
Mohon penelitian ayat di bawah : Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital .....sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang diberi kepada tuan/puan. Dengan cadangan yang telah diberikan, kami percayai ianya dapat membantu kami dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan. sekiranya pihak DBP ada cadangan ayat yang lebih baik, mohon cadangan jua. Sekian, terima kasih. | Ayat tersebut boleh dibuat sedikit pindaan bagi memperkemas tatabahasanya, "Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital ... sentiasa berusaha untuk memperbaik perkhidmatan yang diberikan kepada tuan/puan". | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Kemusyikilan Bahasa | Soalan tuan memerlukan penelitian dan kami perlu merujuk kepada pihak yang pakar dalam hal ketatabahasaan. Kami berusaha untuk menjawab secepat mungkin dan jawapan tersebut akan di-e-melkan terus kepada tuan. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Apakah istilah untuk "Market Insight" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah "Tinjauan Pasaran" atau "Penelitian Pasaran" digunakan? Sekian, terima kasih. | Istilah market Insight masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan yang sesuai bagi istilah Market Insight ialah Matlamat Pasaran | Makna | 17.04.2017 |
apakah makna linguistik terapan? | Secara umumnya, linguistik terapan ialah ilmu bahasa yang berusaha menerapkan hasil penelitian dalam bidang linguistik untuk keperluan praktik. Bidang Linguistik Terapan mencakupi bidang pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikolografi, fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, dan mekanolinguistik. | Makna | 22.09.2014 |
Sekiranya "melalui" digunakan sebagai kata sendi dalam tajuk esei, adakah ia harus dimulakan dengan huruf besar? "Penelitian Pengalaman Percintaan Sepanjang Hayat Li Qingzhao Melalui/melalui Karya-karyanya" Terima kasih. | Perkataan "melalui" sebagai kata sendi hendaklah ditulis dengan awalan huruf kecil. Ini bermakna bagi contoh ayat di atas awalan melalui ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 05.03.2007 |
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu | Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 09.04.2010 |
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN | Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan. | Lain-lain | 09.04.2010 |
hubung kait antara kata ganda dan semantik | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Bagi membantu saudara dalam perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus. Saudara juga boleh membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Istilah | 04.09.2009 |
SALASILAH SURAT RASMI DAN BILAKAH SURAT RASMI MULA DIGUNAKAN? | Pertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Namun, kami tetap melayani soalan yang berbentuk tugasan dengan mencadangkan beberapa tajuk buku, jurnal atau makalah yang berkaitan dengan tugasan untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan tersebut. Sila klik layari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. Saudara juga boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik atau mana-mana perpustakaan lain yang berhampiran.Maklumat tentang penulisan surat rasmi juga boleh dirujuk dalam buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi yang ditulis oleh Asmah Hj. Omar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 05.03.2013 |