Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.lan] | ڤڠݢلن

Definisi : 1. keratan, potongan; 2. bahagi­an (cerita dll); kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang ~ prb kasih anak kpd bapa tidak sama dgn kasih bapa kpd anak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.lan] | ڤڠݢلن

Definisi : bahagian yg dipenggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penggal (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerat: potong, belah, joreng,

2. Bersinonim dengan bahagian: jilid, bab, edisi, keluaran, fasal, perkara, surah, juz, juzuk, perenggan, halaman, muka surat, helaian, seksyen,

3. Bersinonim dengan semester: sesi, tempoh, jangka masa, jangka waktu, tahun,

Kata Terbitan : berpenggal-penggal, memenggal, terpenggal, penggalan, pemenggalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang?Pemenggalan waktu:

12 tengah malam-1 pagi

1 pagi-11.59 pagi

12.00 tengah hari-1.59 petang

2 petang-6.59 petang

7 malam-11.59 malam
Lain-lain29.10.2019
Bagaimana pula penggalan waktu dalam B. Inggeris? Tempoh waktu yang dipanggil morning dan lain lain lagiDewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi padanan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Pemenggalan waktu dalam bahasa Melayu telah dibalas pada soalan puan yang lalu.Lain-lain29.10.2019
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah alasan pihak tuan? Sepatutnya waktu tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
Saya ingin kepastian berkaitan penggalan waktu yang bagi tengah hari 12.00-1.59 ; manakala tengah malam pula 12.00- 12.59 . Mengapakah julat waktu tidak sama ? Apakah pihak tuan? Sepatutnya t tengah hari 12.00 hingga 12.59. Ini pandangan saya sahajaPenetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu ini dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
sy nak pastikan - cut off time - istilah bank (masa penggalan) Business day - waktu perniagaan ke waktu berniagaIstilah yang sesuai ialah "waktu perniagaan"Istilah25.05.2017
maksud kosonan dan maksud vokalKonsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata.Tatabahasa20.08.2009
Dalam aspek masa, mana satukah penggunaan yang betul: 7.30 petang atau 7.30 malam?Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi.Tatabahasa23.10.2012
Bilakah ucapan Selamat Petang dan Selamat diucapkan. Mohon pencerahan.Soalan saudara kurang jelas, jika tuan maksudkan penggalan masa untuk membuat ucapan tersebut, petang bermula dari pukul 2.00 6.59 dan malam dari pukul 7.00 hingga 11.59.Tatabahasa28.04.2014
Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bakBerikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak.Tatabahasa11.01.2013
Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam?Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih.Istilah23.05.2017
12

Kembali ke atas